Pages

Wednesday, September 28, 2011

My Simple Resepi : Steak, Salad dan Mashed Potato

resipi steak best
My simple steak recipe



Resepi untuk 6 oz rib-eye steak:


Campurkan semua bahan dan perap selama 4 jam atau lebih :

1/4 cawan minyak canola
1/4 cawan root beer
2 sudu makan sos Worcestershire
2 sudu makan sos teriyaki
2 sudu makan sos steak Heinz
1 sudu teh garam bawang putih (garlic salt)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 sudu teh daun basil kering
1/ sudu teh serbuk thyme
1/2 sudu teh rosemary kering

Selepas diperap, gorengkan di atas pan, api sederhana dalam 3-6 minit bagi bahagian atas dan bawah mengikut ketebalan steak anda.

Resepi ni lama dah tak cuba, semalam cuba lagi, tapi tak jumpa bahan-bahan kat Cold Storage, sos steak tak ada, jadi I pakai sos bbq, sos teriyaki pulak yang dijual yang ada wine so I tak pakai sos teriyaki, A&W root beer dah jadi perisa sasparilla pulak..lepas tu I malas nak beli basil, thyme dan rosemary kering jadi I beli fresh thyme and fresh rosemary, basil I tak guna, I guna Italian herbs kering yang ada di rumah I je. Dan I tambah 1/2 bawang besar didadu. Hasilnya? Ok lah jugak masak campak2 tapi yang original resepi kat atas tu lagi sedap.

idea berbuka puasa
Salad dan mashed potato sebagai side dish

Yang mashed potato tu resepi dia:

1. 4 biji kentang (rebus, tos dan lenyek)
2. 75 ml atau 5 sudu makan light cooking cream
3. 1/2 slice cheddar cheese
4. garam / lada hitam (ikut suka)

Kalau kentang dilenyek panas-panas, terus gaulkan cream dan cheese, cheese akan cair dengan sendiri kan? Tapi kalau takut cheese tak cair, boleh panaskan sikit cream tu atas api dan cairkan cheese baru gaul dengan kentang yang dilenyek. Boleh jugak letak 1/2 kiub knorr's perisa daging tapi tak letak pun ok. Kalau tak letak kiub tu tambah sikit garam kalau terasa tawar ye.

Ni resepi cukup untuk 2-3 orang je makan.

Resepi Sos Mashed Potato:


2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum

Dicampur bersama kemudian dipanaskan di atas kuali.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan di bawah:

50 g bawang besar dihiris
1/2 sudu teh thyme kering
1/2 sudu teh basil kering
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
1/8 sudu teh lada sulah
1/8 sudu teh kicap
3/4 cawan air
1/2 kiub knorr's perisa daging

Panaskan hingga ia pekat.


Resepi salad:

Hari ni I malas, jadi salad ni I campak-campak je, i beli satu paket salad yang dah siap lepas tu I tambah salad dressing:

1. 2 sudu makan madu
2. sedikit perahan jus lemon (I pakai sehiris je)
3. 1 sudu makan minyak zaitun

gaul semua salad dressing tu, campak kat salad tadi pastu tambahkan apa2 buah (epal ke pir ke mangga ke dragon fruit ke terpulanglah, i pakai strawberry sebab memang dah ada dalam peti ais, tapi strawberry I masam jadi I tabur gula sikit atas strawberry tu) dan untuk ada rasa rangup-rangup sikit tambah sikit kekacang, Kacang tanah boleh, badam boleh, kuaci pun ok tapi I cuma ada walnut (tak habis2 dah berbulan kat rumah) jadi I sangar atas api kasi rangup sikit pastu I tabur atas salad. Dah jadi!

Kalau suka jangan lupa share tau! Terima Kasih!


No comments:

Post a Comment