Pages

Tuesday, August 14, 2012

Aktiviti Prasekolah: Teleskop Mainan

Hmm.. hari ketiga dan keempat anak-anak sakit, kita rehat jap, tak buat apa2 kraf, memandangkan semua takde mood.. hari seterusnya kita warm up sikit dengan aktiviti yang teramat simple, iaitu membuat teleskop mainan.

aktiviti kanak-kanak
Aktiviti kanak-kanak yang teramat mudah; teleskop mainan!


Cara membuat teleskop mainan ni teramatlah senang barang-barang pun yang ada di rumah je..tak sampai 10 minit da siap, kemudian budak2 asyik hias teleskop dengan sticker dekat setengah jam :)






Barang-barang yang diperlukan:

1) 1 kertas keras (Saya guna kertas cardboard di belakang drawing block
2) 1 kertas construction kuning dan 1 kertas construction biru
3) cling wrap
4) gam
5) gunting
6) masking tape
7) markers / stickers untuk menghias teleskop

Cara membuat teleskop mainan:


Teleskop mainan dalam proses...


1) Gulung kertas keras dan lekatkan dengan masking tape.
2) Lapik "cling wrap" di salah satu penghujung "teleskop"
3) Tutup kertas keras dengan kertas kuning dan biru seperti dalam gambar.
4) Hias dengan melukis corak yang diinginkan menggunakan marker atau lekatkan stickers.

Siap!

No comments:

Post a Comment