Pages

Sunday, October 28, 2012

Bahasa Melayu Prasekolah

bahasa melayu pra sekolah
Bahasa Melayu Prasekolah " Mari Membaca Bersama"


Hmm.. baru nak mula mengajar anak Bahasa Melayu, memandangkan anak yang pertama akan mencecah lima tahun dan kurang pendedahan kepada penggunaan Bahasa Melayu di rumah mungkin menyebabkan dia kurang senang dengan subjek Bahasa Melayu bila melangkah ke Darjah 1 kelak.


latihan prasekolah bahasa melayu
Bahasa Melayu Prasekolah : Cadangan Aktiviti Di  Setiap Lembaran Pertama 


Di Malaysia, memang tidak ketandusan buku latihan Bahasa Melayu untuk peringkat Prasekolah, namun tak semuanya sesuai dengan tahap penguasaan Bahasa Melayu anakku yang boleh dikatakan kosong.. setelah menghabiskan dekat 1 jam di kedai buku Popular (di Kuala Lumpur) membandingkan buku-buku latihan Bahasa Melayu Pra Sekolah satu demi satu.. saya memilih Buku Latihan Bersiri "Mari Membaca Bersama" sebagai Buku Latihan  Bahasa Melayu Pra Sekolah untuk membantu anak saya di rumah. Sebab-sebabnya adalah:

1- Buku latihan Bahasa Melayu Prasekolah ini gambarnya bewarna.
2 - Illustrasi yang menarik
3 - Saiz huruf yang besar memudahkan kanak-kanak membaca.
4- Latihan yang ringkas dan sesuai dengan tahap tumpuan kanak-kanak prasekolah.


bahasa melayu prasekolah
Bahasa Melayu Prasekolah : Buku 1


latihan prasekolah bahasa melayu
Bahasa Melayu Prasekolah : Mari Membaca Bersama Buku 1

Walaupun anakku masih belum fasih berbahasa Melayu apatah lagi mebaca dan mengeja perkataan dalam Bahasa Melayu, namun Buku Latihan Bersiri "Mari Membaca Bersama" dapat memberi asas pengenalan yang efektif untuk anakku :)  


lathan bahasa melayu prasekolah
Bahasa Melayu Prasekolah: Mari Membaca Bersama Buku 3

bahasa melayu prasekolah
Bahasa Melayu Prasekolah: Mari Membaca Bersama Buku 3

Jika anda ada masa, boleh tengok video saya di YouTube, saya ada muat naik lagu "Anggota Badan"



juga lagu "Kenali Foniks"



Saya sedang dalam proses mengemaskini YouTube chanel saya.. harap dapat beri sokongan :)

No comments:

Post a Comment