Pages

Wednesday, May 15, 2013

Video Mengenal Bentuk Untuk Pra Sekolah

aktiviti mengenal bentuk prasekolah
Ajar anak mengenal bentuk asas dengan video simple


Bentuk-bentuk asas untuk diperkenalkan kepada anak-anak peringkat pra-sekolah adalah:
1 - Bulat ----> Bahasa Inggeris =  (Circle) ----> Bahasa Arab = (دائرة) "Dairah"
2- Bujur  ----> Bahasa Inggeris = (Oval)  ----> Bahasa Arab = (بيضاوي) "Baidhawi"
3- Segi Tiga ----> Bahasa Inggeris = (Triangle) ----> Bahasa Arab = (مثلث) "Muthallath"
4- Segi Empat Sama  ----> Bahasa Inggeris = (Square) ----> Bahasa Arab = (مربع) "Murabba'"
5 - Segi Empat Tepat  ----> Bahasa Inggeris = (Rectangle) ----> Bahasa Arab = (مستطيل) "Mustathil"
6- Anak Bulan   ----> Bahasa Inggeris = (Crescent) ----> Bahasa Arab = (هلال) "Hilal"
7 - Bintang  ----> Bahasa Inggeris = (Star) ----> Bahasa Arab = (نجم) "Najm"

Dalam usaha untuk memperkenalkan Bahasa Melayu kepada anak-anak saya yang berumur 3 dan 5 tahun, saya sedang cuba belajar membuat video-video simple menggunakan sofwe "GIMP" dan "Windows Live Movie Maker". 

Bagi anak-anak kecil, saya hanya ingin memperkenalkan bentuk-bentuk asas seperti : bulat, bujur, segi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat. Kemudian, saya tambahkan bentuk bintang, hati dan anak bulan supaya mereka terhibur :)

Ia agak mengambil masa untuk mempelajari GIMP untuk melukis tetapi saya agak gembira dengan natijahnya walaupun video ini agak simple. 







Pada masa yang sama, dapat juga mencuba versi bahasa arab. Video yang sama tetapi kali ini untuk mengenali bentuk dalam Bahasa Arab :)

bahasa arab pra-sekolah
Bentuk "Hati" - "Qalb" Dalam Bahasa Arab untuk kanak-kanak pra sekolah





Video ini boleh ditonton di youtube , harap pembaca dapat "like" dan "share" :)

No comments:

Post a Comment