Pages

Tuesday, September 24, 2013

Tips untuk interview (temuduga)

interview tips
Interview Tips (Image Courtesy of Ambro / FreeDigitalPhotos.net)


Memandangkan entri mengenai contoh resume / surat permohonan kerja saya sangat mendapat sambutan :) Saya rasa mungkin saya boleh berkongsi sedikit sebanyak mengenai bagaimana nak prepare untuk temuduga atau interview bagi adik-adik yang belum pernah experience interview :)

Tips interview ni simple je tapi sangat penting untuk memastikan kita nampak bersungguh-sungguh dalam sesi temuduga nanti. Lagipun bila dah prepare untuk interview, kurang sikit rasa gemuruh pada hari tersebut betul tak?

1. Pastikan anda jelas mengenai jawatan yang sedang anda memohon dan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Kemudian catitkan keupayaan-keupayaan anda yang akan menolong anda untuk cemerlang dalam menjalankan tugasan anda jika anda diberi peluang untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Contohnya: jika anda sedang memohon jawatan sebagai "Customer Service Officer" anda mungkin ingin menonjolkan kepada Interviewer bahawa anda adalah seorang yang peramah, cepat memikirkan solusi jika pelanggan kurang berpuas hati dan dapat mengawal perasan dengan baik apabila berhadapan dengan pelanggan yang marah / kasar. 

2. Pastikan anda telah membuat sedikit kajian mengenai syarikat yang anda pohon. Paling minima anda harus tahu adakah syarikat itu adalah SME atau MNC, jika ia mempunyai branch di mana-mana lokasi lain, apakah aktiviti utama syarikat tersebut, apakah visi dan misi syarikat tersebut dan bagaimana anda dapat menyumbang terhadap visi/misi syarikat dalam jawatan yang sedang dipohon. Anda juga harus jelas sekiranya jawatan tersebut mempunyai keperluan-keperluan "istimewa" seperti waktu bekerja syif / hujung minggu, sering out station dan sebagainya dan adakah anda sanggup memenuhi keperluan-keperluan itu. 

3. Pastikan anda tahu alamat dan nombor telefon syarikat / tempat temuduga anda. Gunakan google maps jika perlu untuk mengetahui lokasi temuduga anda paling lambat sehari sebelum interview. Juga pastikan anda tahu bagaimana untuk sampai ke lokasi tersebut dan berapa lama anda perlukan untuk ke sana. Tambahkan 20 - 30 minit lagi sebagai langkah berjaga-jaga (Sekiranya perkara yang tidak dijangka berlaku seperti LRT rosak / lambat, trafik sesak kerana kemalangan dan sebagainya). Simpan nombor telefon syarikat dalam handphone dan juga catit di atas kertas (manalah tahu handphone tak ada battery) just in case jika anda telah sampai ke lokasi syarikat tetapi tidak tahu tangga / lif / entrance mana yang harus digunakan. 

4. Pastikan resume (bawak 1 gambar pasport just in case dengan 1 clip atau glue jangan sesekali staple!) dan dokumen dokumen asli dan fotokopi anda tersusun rapi di dalam fail. (1 fail untuk yang asli dan 1 lagi untuk yang fotokopi). 

5. Pastikan anda hafal fakta-fakta penting resume anda! Tak usahlah nak hafal semua tapi paling tidak jika anda tidak pernah bekerja sebelum ini anda haruslah tahu tahun bila anda masuk/ habis kolej/ universiti, jurusan yang diambil dan penglibatan dalam kelab-kelab yang mungin dapat menonjolkan kemahiran anda yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jika anda pernah mempunyai pengalaman bekerja, ingat tarikh bermula / berhenti bertugas 2 jawatan terakhir anda, nama dan alamat majikan tersebut dan peranan dan tanggungjawab anda yang relevan dengan jawatan yang dipohon. 

6. Pastikan anda berlatih menjawab soalan-soalan interview (google search top interview questions) paling tidak pastikan anda mempunyai jawapan yang meyakinkan mengenai mengapa anda rasa andalah paling sesuai untuk jawatan ini, apakah kemahiran anda yang dapat membantu anda melakukan tugasan anda dengan cemerlang dan mengapa anda mahukan jawatan ini. Jangan malu untuk men"jual" diri anda di sini. Tekankan semua keupayan-keupayan anda yang relevan dengan jawatan yang dipohon dan bagaimana anda dapat menyumbang kepada kejayaan syarikat. Berlatihlah dengan seorang rakan yang dipercayai  dan dapatkan maklum balas daripadanya. Berlatih sehingga anda dapat jawab dengan penuh keyakinan.

7. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk sesi temuduga anda. Elakkan warna-warna yang "clash". Seluar hitam/ biru tua / cokelat dengan work shirt terang (plain atau very simple stripes) amat sesuai bagi lelaki dan bagi wanita pula, pastikan pakaian anda tidak ketat dan "over" dari segi warna. Elakkan dari pattern / prints yang berlebihan. Jika anda bertudung, keep your tudung / shawl simple. Jika anda tidak bertudung, pastikan pakaian anda sopan, skirts are better to be at the knee or below and no plunging necklines! 

8. Dalam sesi interview, matikan handphone anda! Senyum dan kekalkan "eye contact" dengan Interviewer. Tujukan fokus anda terhadap soalan-soalan yang dikemukan dan jawab dengan tenang. Stick to the point! Jangan jawab meleret-leret dan jangan masukkan hal peribadi anda. Ingat bahawa anda harus menonjolkan imej yang professional, interviewer tidak perlu tahu bahawa anda dalam kesedihan kerana anak kucing anda baru mati semalam. 

9. Jangan sesekali bercakap buruk tentang sesiapa! Samada orang tersebut adalah majikan lama anda atau lecturer anda, anda tidak akan tahu apakah Interviewer itu berkawan baik dengan mereka atau lebih dasyat lagi bersaudara dengan mereka! Tambah pula, jika anda bercakap buruk tentang seseorang, ini akan membuat Interviewer terfikir apakah anda akan bercakap buruk mengenai mereka pada masa hadapan.

10. Buat follow up (secara telefon / emel) seminggu selepas temuduga anda. Nyatakan anda berterima kasih di atas peluang temu duga tempoh hari dan anda amat berminat untuk berkhidmat dengan syarikat itu. Akhiri dengan ayat " Saya boleh dihubungi di talian 0123456789 atau nurislam@emel.com.my jika anda memerlukan maklumat lanjut daripada saya." Something to that effect lah.. Ini akan menunjukkan bahawa anda memang berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan jika mereka belum lagi memilih calon, mereka akan membuka kembali fail permohonan anda dan *hopefully* reconsider you!

That's it! Harap-harap entri ini bermanfaat kepada anda. Harap maklum juga bahawa ini adalah karangan original saya so please.. no copy and paste! Sila hormati titik peluh orang lain ye.. Remember you will only be respected when you respect others. Kalau-kalau awak suka sangat baca entri ni, bolehlah tolong share di facebook or google + tapi tolong jangan share sebagi entri di blog anda sendiri. Terima Kasih! 


No comments:

Post a Comment