Pages

Tuesday, October 29, 2013

Currently in My Wardrobe - Peplum Blouses



muslimah fashion trends
me n  my peplum blouses :) 


Oklah peplum blaus ni memang tengah tren masa raya puasa lepas kan.. agak2 sekarang masih tren lagi ke tak eh? blaus peplum ni pun ada macam2 jenis kalau tersalah pilih fabrik dan potongan erm.. tak cantiklah kalau ada problem area kan? Malulah I kalau nak pakai bergaya2 sekali bila duduk tu nampak lemak kat pinggang dan perut >_<  so.. blaus peplum yang sesuai pada pendapat I bagi orang yang macam I ni peplum yang loose cut, material bukan jenis stretchable (satin ok lagi tu :p ) daaaan.. yang paling penting melepasi bahagian punggung


muslimah fesyen lookbook
Peplum Blouse yang ni I beli @ kedai dalam Tesco Kg Pandan
setakat ni ada 3 blaus peplum dalam koleksi almari I hehe.. peplum pertama adalah dari kedai yang dalam Tesco Kg Pandan.. satin dengan half lace, suka sangat, cuma satin dia kurang berkualiti sikit jadi nipis, pastu bertanda bila kita berpeluh..manik2 pulak senang tersangkut dengan lace... sepatutnya kalau lace takdelah manik kan.. supaya lace tu tak rosak.. tapi sebab blaus cantik I beli jugak and sebab I malas, I tak bukalah manik2 tu.. 

ok so yang ni sebenarnya peplum ke babydoll eh?  *konfius*

blaus kedua adalah blaus peplum hitam dengan corak timbul (masa tu tgh cari plain black blouse jadi senang nak matching dengan tudung hehe) terpikat dengan blaus ni sebab batu2 kat leher lepas dah beli terpikir.. batu2 pat leher bukannya nampak pun bila bertudung.. tapi takpe corak dia i tetap suka :) yg ni beli kat kedai Ribbon & Button @ Festival City.. 

blaus yang terakhir sekali adalah dari Saraya Zahret :) plain and simple tapi paling berkualiti.. material selesa sangat dan ada lining di dalam..


baju muslimah tren terkini
Electric Blue Peplum Blouse - Saraya Zahret

Ok cukuplah tu! lepas ni kita collect long dress pulak hehe.. 

No comments:

Post a Comment