Pages

Friday, October 4, 2013

Resepi Udang Syok Pedas Manis

udang masam manis resipi
Resepi Udang Pedas Manis


Bila balik rumah mak, sudah jadi kemestian mesti nak belek-belek majalah-majalah resepi mak, konon nak cubalah nanti resepi-resepi baru.. hehe tapi bila mood rajin je kita mencuba bila mood tak rajin tu.. agak-agak resepi masih lagi tak tercuba.. 

Minggu lepas beriya-iya benar nak cuba resepi udan syok pedas manis dari majalah yang di rumah mak tu (sungguh ku tak ingat majalah apa).. since I catit resepi tu, mestilah gambar dia mengancam kan? Nama pun boleh kurang style.. so kita pun pergilah pasar raya beli bahan-bahan..balik rumah.. siap-siapkan bahan pastu bila dah kisar bahan semua.. terpikir pulak? "eh ni je ke bahan-bahan dia????" lada setakat 1 lada hijau, 1 cili benggala merah , 1 benggala hijau satu, 1 sdm sos tomato, 1 sdm sos cili.. eh salah catit resepi ke apa? Buat kelakar ke apa? Isy.. kat situ jugak kelam kabut bukak aisbox apa bahan boleh letak nak modify ni resepi ni??? Akhirnya ku tambah extra cili sos, tomato sos, 2 batang cili padi, , 2 biji tomato dan gula.. niat di hati nak tambah daun limau purut taaaapiiii.. takde pulak daun limau purut dalam aisbox... hmm.. 

So, akhirnya resepi udang syok pedas manis ni jadilah begini:

Resepi Udang Syok Manis


Bahan A: 
450 gm udang besar - basuh bersih-bersih dengan garam dan air limau
1/2 biji jus limau nipis
garam

*Selepas udang dibasuh bersih, perapkan dengan 1/2 biji jus limau nipis dan garam selama 30 minit.


Bahan B:
4 sdm minyak masak
1 ulas bawang putih ditumbuk hancur
2 hirisan halus halia ditumbuk
10 helai daun kari

*Panaskan minyak atas kuali dan tumis bahan B kemudian goreng bersama udang hingga udang garing, Tos dan ketepikan.

Bahan C:

1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 hirisan nipis halia
2 batang cili hijau
1 biji cili benggala merah - dihiris
1 biji cili benggala hijau - dihiris
2 batang cili padi merah - dihiris
2 biji tomato - dipotong 8
2 sdm sos cili
2 sdm sos tomato
setengah mangga chukanan didadu
3sdm gula (lebih kalau nak manis)
garam secukupnya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau.

2. Panaskan kembali minyak yang digunakan untuk menggoreng udang tadi dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 

3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Masak hingga kuah memekat.

4.  Masukkan cili benggala hijau, cili benggala merah, cili padi, tomato dan mangga.

5. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi, biarkan sebentar kemudian tutup api. 

*Nota sapa yang rasa kurang pedas tu.. patah-patahkan lah lagi cili padi hehe.. yang resepi ni tak berapa pedas sebab I ada anak kecik yang suka makan udang :)

No comments:

Post a Comment