Pages

Tuesday, January 7, 2014

Makan-makan KL : Sawarbina @ Jalan Semarak

jalan-jalan cari makan kuala lumpur
Restoran Sawarbina di Jalan Semarak; makanan ok harga pun berpatutan.

retoran arab kl sawarbina
Restoran Sawarbina; luas dan rilek je.


Ibu mertuaku datang menjenguk lagi lalu Encik Suami pun ajaklah makan di Sawarbina (Restoran Arab) di Jalan Semarak. Sebenarnya, kami rancang nak ziarah anak saudara ibu mertua lepas makan sebab itulah Sawarbina menjadi pilihan, senang nak solat Maghrib ada surau di belakang restoran :)

Ini adalah kali kedua saya makan di Sawarbina, kali pertama tu makan time Ramadhan, ada buffet Ramadhan, harga tak berapa ingat, tapi kurang dari RM50 satu orang tak silap. Masa ramadhan buffet tu ramai orang, lauk pun cepat habis, I tak berapa suka lah lauk-lauk masa buffet Ramadhan, tu yang terus tak datang lagi sampailah 2 minggu lepas. 

middle eastern restaurant in kuala lumpur
Makan-makan KL:Hummus @ Sawarbina di Jalan Semarak


Seperti biasa, kalau makan di restoran arab mestilah order hummus kan? Hummus di Sawarbina boleh tahan sedap, kepekatan dan balance antara chickpeas dan tahini is perfect, minyak zaitun dan jus lemon pun tak over. Roti.. tak sempat ambil gambar anak I dah bedal!

mandi rice kl halal food blog
Makan-makan KL: Nasi Mandi Kambing @ Sawarbina

kuala lumpur halal eats
Sup dan tomato chutney untuk Nasi Mandi @ Sawarbina; KL


Hubby order nasi mandi kambing, hubby kata kalau lunch time dia ada promotion RM15 untuk lamb mandi + air. Kira murah lah tu ye? Cuma serving size dia kurang sikit dari normal. Nasi mandi kambing yang hubby order ni pada I sedap, nasinya lembut dan tak banyak rempah, disediakan sekali sup dan tomato chutney just the way I suka. I tak favor lah nasi mandi yang kering.. maklumlah orang melayu, makan nasi mesti nak berkuah :p

halal food blog kl
Makan-makan KL: Shawarma Ayam @ Sawarbina; Jalan Semarak


I order shawarma ayam. Hidangan ni disertakan dengan kentang goreng (keras) sos putih (i rasa sos bawang putih -toum) dan tomato sos. Shawarma ayam pada I kurang impressive, rotinye keras dan ayamnya tak berperisa. Sos toum rasanya ok cuma sikit sangat and I want chili sauce not tomato sauce!



MIL makan mandi kambing sama macam hubby then kita order kan salad. Salad dia biasa je, timun, carrot, tomato, keju dan buah zaitun. Menariknya, buah zaitun ni tak bercuka rasanya sangat "mild". Selalunya I tak tertelan buah zaitun, tapi yang ni I boleh makan :)

Lastly, MIL kalau makan restoran arab, mesti suka nak cuba baklava yang I pulak suka nak cuba basbusa, tapi setakat ni belum jumpa pun satu restoran arab di KL yang buat basbusa just the way I like it! Basbusa Saadah just like Tseppas in Cairo :( Baklava dan basbusa di sini tidak ku recommend *enough said*


Map Restoran Sawarbina (ni map celcom sebenarnya, restoran Sawarbina depan sikit je dari Celcom):




View Larger Map

No comments:

Post a Comment