Pages

Wednesday, November 6, 2013

Adnan Ikan Bakar Teluk Tempoyak - Penang

3 tahun lepas pada 2010, saya dan keluarga pergi bercuti ke Pulau Pinang dan atas cadangan seorang pemandu teksi, kita telah mencuba Adnan Ikan Bakar di Teluk Tempoyak, Bayan Lepas walaupun tempat itu agak jauh dari kawasan hotel kami. Memang tidak menyesal pergi jauh-jauh sebab makanan dia memang sedap.. sampai sekarang kami masih teringat-ingat ikan bakar, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung yang kami pesan tu.. 

Tahun ni cuti Deepavali dan Awal Muharram, Alhamdulillah diberi rezeki untuk ke Penang sekali lagi, of course on the agenda mesti lah nak pergi makan ikan bakar best2 @ Penang! Sebelum pergi dah berkobar-kobar lagi cari maklumat pasal ikan bakar best di Penang. Jadi senarai kedai Ikan Bakar yang patut dicuba adalah macam ni:

1. Adnan Ikan Bakar Teluk Tempoyak
2. Nurul Ikan Bakar, Batu Uban, 11700 Kampung Sungai Gelugor
3. Idrus Ikan Bakar, Batu Uban
4. Hammer Bay Ikan Bakar, No 1 Jalan Bayan Bay (tapi ni ramai kata mahal)
5. Seri Pantai Ikan Bakar, Hammer Bay, Bayan Lepas
   (dekat dengan Gold Coast Resort Condo, GPS 5.337420643830474,100.31049728393555)
6. Tanjung Pinang Cafe , Jalan Sri Tanjong Pinang, Georgetown (Yang ni sebab nak try lobster thermidor, restaurant ni more to western food)

Itulah dia senarai dia.. macam nak duduk lama pun @ penang, sekali malam pertama, gi majlis kahwin ofis mate husband I, malam kedua sempat gi Adnan Ikan Bakar (Walaupun hujan lebat sangat2 tapi kita pergi jugak sebab kalau tak pergi bila lagi??) malam ketiga ingat nak pergi Nurul Ikan Bakar.. tapi.. anak-anak buat hal tak nak keluar.. jadi makan room service aje lah :( 


ikan bakar best penang
Ni dia tempat makan dia.. @ Teluk Tempoyak..


Kali ni bila pergi Adnan Ikan Bakar @ Teluk Tempoyak, expectation mestilah tinggi kan? expectation pasal makanan lah, tempat makan tu.. basic abis.. tapi kitorang tak kisah asalkan makan best! dengan hati yang berbunga2 kitorang order ikan bakar (kedai adnan) udang goreng butter (kedai bertentangan), sotong goreng tepung (dah habis!!) dan sayur kangkung (kedai yang jual lauk ni biasa2 je masakan dia, nothing special)  


ikan bakar teluk tempoyak penang
Makanan yang kita order at Ikan Bakar Teluk Tempoyak



Bila makanan sampai.. hmm.. ikan bakar dia tak garing lah.. tak rasa rempah2 dia.. sambal kurang kick dan sambal cicah-cicah pun.. biasa jer.. udang goreng butter pun biasa je rasa dia... kangkung tu.. memang tak expect apa2 pun.. tapi yang ikan bakar dan udang goreng butter tu sebab harapan dah tinggi menggunung dan sebab kita memandu nak dekat 40 minit dari hotel semata-mata nak ikan bakar teluk tempoyak punya pasal.. jadi macam kecewa... memang dah tak sama seperti dulu.. kalau nak compare dengan ikan bakar yang paling recent I makan, JOM Ikan Bakar @ Padang Matsirat, Langkawi lagi sedap.. *sungguh hati kami kecewa* lepas ni tak pergilah lagi dah.. husband pun kecewa sampai dia kata esok tak payah lah nak drive jauh2 gi makan ikan bakar.. cari yang dekat-dekat je..  :( sekali esok memang takde rezeki nak pergi Nurul Ikan Bakar sebab anak-anak buat hal dan Tanjung Pinang Cafe pulak tutup hari Isnin. jadi malam terkakhir kami di penang tu berakhir begitu sahaja.. memang tak puas hati lah tak dapat makan seafood best di penang kali ni tapi takpelah mungkin ada rezeki boleh datang bercuti di penang lagi.. 


Trafik light ni belok kiri lah..


Papan Tanda Teluk Tempoyak


No comments:

Post a Comment