Pages

Wednesday, December 21, 2011

Bercuti Di Singapore; Jalan-jalan di Geylang Serai

Melancong Ke Singapura: Geylang Serai


Jika anda bercuti ke Singapura, antara tempat yang seronok untuk membeli-belah pakaian dan aksesori muslimah adalah di Geylang Serai. Geylang Serai adalah kawasan tumpuan masyarakat Islam di Singapura bagi keperluan barangan pasar dan busana muslimah. Gerai-gerai makanan halal juga mudah ditemui di sini namun untuk makanan halal yang lebih enak dengan suasana restoran yang lebih selesa, Arab Street adalah pilihan yang lebih baik. 

Kampung Melayu yang telah ditutup

Berbalik kepada Geylang Serai, anda boleh ke Geylang Serai dengan menaiki keretapi (MRT) Singapura dan turun di stesen Paya Lebar. Dari stesen Paya Lebar, anda boleh berjalan kaki ke Tanjong Katong Complex; sebuah pusat membeli-belah di Geylang yang menawarkan berbagai-bagai butik-butik Busana Muslimah yang agak mewah namun harga agak lebih berpatutan berbandingkan harga busana muslimah yang boleh mencecah RM400-RM700 di beberapa butik di Kuala Lumpur. Di sini juga terletaknya butik "First Lady" dan "Second Chance" yang menawarkan pilihan yang lebih banyak dengan harga yang lebih menarik dari butik "First Lady" dan "Second Chance" di Johor Baru. 

Bercuti di Singapura - membeli-belah di Tanjong Katong 



Busana Muslimah di Singapura


Selepas menerokai Tanjong Katong Complex, anda bolehlah berjalan kaki ke Pasar Baru Geylang Serai dan Joo Chiat Complex. Dalam perjalanan anda akan melalui "Kampung Melayu" namun sayangnya "Kampung Melayu" sudah ditutup dan kawasan ini akan dibangunkan semula menjadi pusat sivik. 

Kawasan Penjaja Makanan di Pasar Geylang
Antara gerai-gerai di Pasar Geylang


Pasar Baru Geylang Serai menawarkan gerai makanan di tingkat dua dan gerai-gerai tudung dan pakaian pada harga yang murah. Mungkin boleh disamakan seperti Masjid India di Kuala Lumpur tetapi gaya yang ditawarkan agak berbeza sedikit. Antara gerai makanan yang popular di sini adalah Satay Al-hambra, satay yang enak, manis dagingnya dan tidak berlemak. Jika anda ingin makan nasi, Restoran Hajjah Maimunah berhadapan tempat menunggu teksi Joo Chiat Complex lebih sesuai dan enak. Inginkan makanan laut masakan orang Islam? Anda boleh cuba Chai Chee Seafood at 359 Changi Road berdekatan dengan Masjid Kassim (Stesen MRT Kembangan - 2 perhentian selepas Paya Lebar) lazat dan lebih murah berbanding dengan Pusat Makanan Newton. 

Membeli-belah di Singapore

Membeli-belah di Singapura

Ingin memanjakan diri anda dalam percutian ke Singapura? Terdapat sebuah spa milik Islam di 150 Changi Road, Guthrie Building (1 stesen bas atau 7 minit berjalan kaki dari Pasar Geylang). Spa Jelita, sebuah spa milik orang Islam bergaya Moroccan, sungguh eksotik dan nyaman! Informasi lebih boleh didapati di laman web mereka di sini.

Geylang Serai juga mempunyai beberapa hotel-hotel bajet bagi memastikan kos percutian anda di Singapura tetap rendah. Namun jika memilih hotel bajet di sekitar Geylang, berhati-hati dalam memilih lokasi kerana beberapa kawasan di Geylang ini adalah kawasan lampu merah dan kebanyakan hotel murah di sini lebih digunakan untuk kegiatan haram ini. Adalah lebih elok sekiranya hotel bajet pilihan anda terletak di kawasan Bugis atau Bencoleen supaya percutian anda di Singapura tidak bertukar menjadi pengalaman yang kurang enak. 

Jika anda akan memandu ke Singapura bagi percutian anda dan akan membawa anak-anak kecil, terdapat beberapa tempat menarik tanpa bayaran di Singapura yang sesuai untuk kanak-kanak. Sila lihat post saya di bawah "Singapore for Kids". 

Selamat Bercuti ke Singapura!

Jika anda belum menempah penginapan anda di Singapura, tolong saya ye.. tempah menerusi website ini.. terima kasih!

Inginkan idea lain bagi percutian anda di Singapura? Anda mungkin meminati:

Jalan-jalan di Singapura : Sky Park MBS
Halal Food @ VivoCity





3 comments:

  1. saya sekeluarga bercadang nak ke singapore in mac. thanks for the info. plan to go to USS. ingatkan tak ada surau. so risau jugak. kalau you suka travel why not come to kota bharu, kelantan. you will love it here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MommaBoq,

      Thanks for reading my posts :) Hai masa gi USS haritu anak2 masih kecik nak bergambar pun susah since my no2 asyik bergayut tak nak lepas dgn i, tapi tgk gambar2 orang lain macam shiok lah pulak :) I mmg nak pergi kelantan, cuma blm berkesempatan lagi, dulu pernah singgah sekejap masa dok belajar at Terengganu, Kelantan mmg cantik, I suka laut dia. Maybe, nanti i pujuk suami drive sampai kelantan :) All the best for your Singapore trip, you driving ke Singapore ke?

      Delete
  2. I really enjoyed reading this blog. I like and appreciate your work. Keep up the good work.
    Geylang spa near me

    ReplyDelete