Pages

Wednesday, December 21, 2011

Jalan-jalan di Singapura: Sky Park MBS


Jalan-jalan Singapura: Pemandangan Fullerton Hotel dari Sky Park MBS


Jika anda merancang untuk bercuti ke Singapore, Marina Bay Sands adalah salah satu tempat perlancongan terbaru di Singapura. Ia merangkumi hotel mewah bertaraf 6 bintang, kompleks membeli-belah yang amat luas dengan jenama-jenama mewah, Sky Park di tingkat 56 bagi pemandangan Singapore yang menakjubkan, persembahan air dan lampu percuma "Wonder Full",  muzium seni dan sains (artscience museum) dan jembatan helix yang ikonic (Helix Bridge).

Jalan-jalan ke Singapura : Waterway for Sampan Ride at MBS

Jalan-jalan Singapura: Kompleks membeli-belah mewah di MBS

Kami berkesempatan melawat Sky Park di Marina Bay Sands pada bulan Oktober lalu dan pemandangan dari Sky Park pada waktu malam memang teramat indah. Dek observasi ini sangat luas dan boleh menampung sehingga 3900 orang pada satu masa. Anak-anakku begitu gembira berlari-lari disekitar dek ini. Malangnya akses ke kolam infiniti dan taman kini dihadkan kepada 50 pendaftar terawal bagi setiap sesi pelancongan yang diadakan pada jam 10 pagi, 2 petang dan 9 malam. Pada pendapatku, Sky Park Marina Bay Sands adalah lebih menarik dan berbaloi dari Singapore Flyer. (Anak kecilku tidur tatkala di Singapore Flyer akibat bosan di dalam kapsul yang terhad)

Sky Park di Marina Bay Sands dibuka dari 9.30pg - 10.00 mlm (Isnin - Khamis) dan 9.30pg - 11.00mlm (Jumaat-Ahad) namun mungkin adakalanya ia ditutup atas tempahan acara privet. Anda boleh membuat panggilan di talian +65 6688 8826 sebelum melawat Marina Bay Sands untuk memastikan samada Sky Park dibuka pada hari lawatan anda.

Jalan-jalan ke Singapura: Pemandangan Singapore Flyer dari Sky Park MBS

Tiket kemasukan Sky Park berharga:
SGD20.00 (dewasa)
SGD14.00 (kanak-kanak 2 - 12 tahun)
SGD17.00 (pesara 65 tahun ke atas)

Selesai dari melawat dek observasi ini, singgahlah ke Event Plaza di Promenade untuk persembahan air dan lampu percuma pada jam 8.00 dan 9.30 setiap malam dan jangan lupa bergambar di Jembatan Helix (Helix Bridge) dan Artscience Museum dalam perjalanan pulang anda. 

Jalan-jalan Singapura: Pemandangan ArtScience Museum dan Helix Bridge dari Sky Park MBS
Bagaimana hendak ke Marina Bay Sands? Sila turun di stesen MRT Promenade (Circle Line) atau stesen MRT Marina Bay (North South Line) dan ambil perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma ke Marina Bay Sands. Anda juga boleh berjalan kaki dari stesen MRT promenade ke Bayfront Avenue (jarak 10 minit perjalanan).

Jalan-jalan ke Singapura: Helix Bridge di MBS


Saya nasihatkan mereka yang bercuti di Singapore dan ingin melawat Marina Bay Sands untuk mengisi perut dahulu sebelum ke sana kerana tempat makan halal agak terhad buat masa ini. Sebaik-baiknya datanglah pada jam 6.00 petang - 9.00 malam supaya anda dapat menikmati pemandangan malam Singapore yang indah. 

Jangan lupa untuk mendapatkan harga terendah bagi penginapan anda di Singapore di sini.

Kalau boleh tolong saya ye tempah penginapannya di sini. Terima Kasih!





Selamat bercuti di Singapore!


Ingin idea lain untuk jalan-jalan di Singapore? Anda mungkin berminat dengan:

local singapore food
Halal Food Marina Bay Sands
Arab Street Singapore
Geylang Serai Singapore

No comments:

Post a Comment