Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan. Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar (seksyen klassified) atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti jobstreet.com, jobsDB.com dan sebagainya.
Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja (cover letter) dan resume. Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk temu ramah. Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.
Cover letter / surat permohonan kerja adalah peluang anda "memasarkan" diri anda kepada majikan. Pastikan anda tekankan kemahiran dan sikap anda yang kritikal bagi jawatan yang dipohon. Contohnya apabila memohon bagi jawatan pegawai pemasaran, anda boleh menekankan bahawa anda adalah seorang yang ceria, peramah dan senang berinteraksi dengan pelbagai pihak. Anda juga memiliki lesen motor / kereta yang memudahkan anda keluar bertemu dengan pelanggan. Apabila memohon jawatan sebagai pegawai akaun pula, anda perlu tekankan sikap anda yang teliti, selesa bekerja dengan angka dan boleh bekerja secara berdikari. Jika memohon pekerjaan sebagai guru tadika pula, tekankan bahawa anda adalah seorang yang senang berinteraksi dengan kanak-kanak, penyayang, penyabar dan suka memperkenalkan perkara-perkara baru kepada kanak-kanak.
Di bawah ini adalah contoh cover letter bagi jawatan pegawai akaun.
You May Also Like:
Di bawah ini adalah contoh cover letter bagi jawatan pegawai akaun.
Nur Islam
No 2 Jalan Anggerik
123456 Kuala Lumpur
Malaysia
nurislam@email.com
+60123456789
1 Januari 2012
Puan Rohayah; Pengurus Sumber Manusia,
ABC Networks,
123 Jalan Indah,
#28-01, ABC Towers,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Puan Rohayah,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PEGAWAI EKSEKUTIF AKAUN (NO. RUJUKAN A123456)
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memohon jawatan Pegawai Eksekutif Akaun di syarikat Puan seperti yang tersiar di dalam iklan akhbar Berita Malaysia pada Isnin, 29 Disember 2011. Bersama ini saya lampirkan resume saya untuk dipertimbangkan.
Untuk makluman Puan, saya kini sedang bertugas sebagai Ketua Kerani Akaun; Pemiutang dan Penghutang di sebuah syarikat hartanah dan sudah menjawat jawatan ini selama 1 tahun. Pengalaman saya ini telah melengkapkan saya dengan kemahiran-kemahiran yang kritikal sebagai Pegawai Eksekutif Akaun iaitu cara bekerja yang tulus, minda yang kritikal dan mampu mengendali tekanan apabila berhadapan dengan keterbatasan waktu. Saya juga adalah seorang yang mampu bekerja secara berdikari dan senang berinteraksi dengan pelbagai pihak.
Saya boleh dihubungi di +60123456789 bagi sebarang perjelasan jika pihak Puan memerlukan butiran lebih lanjut. Saya berharap agar dapat menyumbangkan khidmat saya di syarikat Puan. Segala pertimbangan pihak Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
Nur Islam
Versi Bahasa Inggeris:
Nur Islam
No 2 Jalan Anggerik
123456 Kuala Lumpur
Malaysia
nurislam@email.com
+60123456789
1 Januari 2012
Mdm Rohayah; Human Resource Manager,
ABC Networks,
123 Jalan Indah,
#28-01, ABC Towers,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Dear Mdm Rohayah,
APPLICATION FOR THE POSITION OF ACCOUNTS EXECUTIVE (REF NO. A123456)
With reference to the above, I would like to apply for the position of Accounts Executive as advertised by your company in Berita Malaysia's classifieds dated 29 December 2011.Attached is my resume for your perusal.
For your information, I am currently working as an Accounts Clerk - Lead; A/P & A/R in a real estate company and have occupied this position for 1 year now. My experience in this position has equipped me with skills critical to the position of an Accounts Executive, namely being meticulous, having a critical mind and ability to handle pressure when faced with a deadline. I am also by nature an independent person who is also able to interact with people at different levels.
I am available at +60123456789 for further clarification should you require more details. Thank you for your kind consideration and I hope that I am able to contribute to your esteemed organization.
Sincerely,
Nur Islam
You May Also Like:
Contoh Resume Melayu |
Tips Interview |
Seelok nye surat permohonan dan resume buat dalam bahasa malaysia atau bahasa Inggeris ye?
ReplyDeleteSalam N Jasmeen,
DeleteSaya sebenarnya kurang arif dalam perkara ni, tapi bagi pendapat saya ia bergantung kepada syarikat yang dipohon. Multi National Corporations ataupun syarikat-syarikat yang banyak berurusan dengan negeri asing pasti lebih berat kepada Bahasa Inggeris sementara Jabatan-jabatan kerajaan mungkin lebih berat kepada Bahasa Melayu?
Wallahu 'A'lam.