Di bawah ini adalah contoh resume Bahasa Melayu bagi rujukan mereka yang sedang mencari pekerjaan. Post ini adalah lanjutan dari post sebelumnya yang menumpukan terhadapa cover letter / surat permohonan kerja.
Contoh resume Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
|
Name: Nur Islam Binte Abdullah
Alamat: No2 Jalan Anggerik,123456 Kuala Lumpur, Malaysia
No K/P: A-123456789
Tarikh lahir: 1 Januari 1989
E-mel: nurislam@email.com
No Tel: +60123456789
Sekilas
Pandang
Seorang ketua kerani akaun – penghutang dan pemiutang, di sebuah syarikat pemaju tanah yang sedang mempertingkat dirinya dengan pengajian ACCA secara separuh masa. Selesa bekerja dengan angka dan mendapat kepuasan secara peribadi apabila tugasan disiapkan secara teliti dan teratur. Pengajian separuh masa memberikan gambaran lebih luas akan bidang pengakaunan membuatkan saya peka akan perubahan-perubahan terkini dalam bidang yang mencabar ini. Rancangan jangka panjang adalah untuk menyumbang kepada syarikat sebagai akauntan yang telus dan menjaga kewangan syarikat dengan sebaiknya dengan mengimbangi antara peluang perniagaan dan risiko perniagaan.
Pencapaian Penting
Pencapaian Penting
- Mengemaskini prosedur pembayaran gaji lebih waktu bagi pekerja-pekerja kontrak yang menghasilkan tenaga kerja yang lebih bersemangat dan fokus yang secara tidak langsung mengurangkan kemalangan di tapak pembinaan.
- Mengemaskini prosedur mengawal baki dalam akaun penghutang dan pemiutang yang membantu syarikat mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM25,000 setahun bagi kos faedah bank.
- Ditugaskan untuk membantu menyiapkan buku lejar dan imbangan duga syarikat.
- Dinaikkan pangkat kepada ketua kerani akaun – penghutang dan pemiutang, setelah 1 tahun menyandang jawatan sebagai kerani akaun.
Kemahiran Utama
- Kompeten dalam menyiapkan imbangan duga dan penyata kewangan syarikat.
- Mahir dalam Quickbooks Pro dan Moneyworks.
- Mudah mempelajari software perakaunan yang lain.
- Kompeten dalam pengggunanan Microsoft Words, Excel, Powerpoint dan Access.
Kemahiran Bahasa
- Bahasa Malaysia (Tulisan dan Tuturan)
- Bahasa Inggeris (Tulisan dan Tuturan)
- Bahasa Mandarin (Tulisan)
Pengalaman
Pekerjaan
Ketua Kerani Akaun; Penghutang dan Pemiutang Januari 2011 hingga kini
(A-team Builder Sdn Bhd, Petaling Jaya)
Bertanggung jawab dalam memastikan baki dalam akaun penghutang dan pemiutang adalah di dalam had yang ditetapkan dan dasar pembayaran / pungutan hutang adalah menguntungkan syarikat. Juga menyelia sekumpulan kerani akaun dan memastikan hubungan syarikat dan penghutan/pemiutang adalah baik. Kemahiran yang banyak membantu adalah menetapkan tempoh masa kerja yang realistik bagi kumpulan dan sifat tegas tetapi mudah didekati dengan rakan sekerja dan penghutang / pemiutang.
Kerani Akaun
Januari 2010 hingga Disember 2010
(A-team Builder Sdn Bhd, Petaling Jaya)
Bertanggung jawab akan buku-buku lejar syarikat dan pengendalian tuntutan “Petty Cash". Kemahiran yang banyak membantu adalah sifat amanah dan telus serta penganalisaan setiap tuntutan dan catatan dalam buku-buku lejar untuk memastikan setiap catatan adalah sah.
Pengajian
ACCA (2011 - kini)
Universiti ABC, Kuala Lumpur
Diploma Perakaunan (2006-2009)
Kolej Internasional XYZ, Kuala Lumpur
Sijil Pengajian Malaysia (2005)
8 Kredit (nyatakan subjek-subjek yang diambil)
Pengajian
ACCA (2011 - kini)
Universiti ABC, Kuala Lumpur
Diploma Perakaunan (2006-2009)
Kolej Internasional XYZ, Kuala Lumpur
Sijil Pengajian Malaysia (2005)
8 Kredit (nyatakan subjek-subjek yang diambil)
Seperti yang dapat dilihat pada contoh resume Bahasa Melayu di atas, resume merangkumi beberapa butiran seperti berikut:
Sekilas Pandang :
Gambaran mengenai
diri anda secara professional, termasuk bidang pekerjaan, tahap pengalaman dan
industri yang anda berkecimpung di dalamnya. Ringkaskan pengalaman, kemahiran, pencapaian
dan pendidikan yang relevan bagi menunjukkan kelayakan anda bagi jawatan yang
dipohon.
Pencapaian Penting :
- Contoh pencapaian yang memberi kesan yang positif terhadap syarikat yang sebelumnya
- Pencapaian yang mendukung objektif karier anda
- Pencapaian penting yang melahirkan natijah yang dapat dihitung “quantifiable results”
- Pencapaian, anugerah atau kenaikan pangkat.
Kemahiran teknikal dan “soft Skills iaitu sifat, tabiat sikap dan adab” yang relevan bagi jawatan yang diinginkan. (Memadai dengan 4 sahaja)
Pengalaman Pekerjaan:
Mulakan dengan yang terbaru dan sertakan dengan setiap pengalaman butiran berikut:
Penjelasan akan peranan, tanggungjawab dan pencapaian anda dalam jawatan ini, tekankan bahagian-bahagian yang relevan dengan jawatan yang diinginkan. Tekankan juga kemahiran atau cirri-ciri peribadi anda yang membolehkan anda berjaya dalam jawatan ini dan mendukung objektif karier anda:
- Senaraikan pencapaian utama anda dengan memberikan contoh-contoh yang “quantifiable” di mana tugasan anda telah memanfaatkan syarikat.
- Sertakan kemahiran atau sifat-sifat yang mendukung kebolehan anda untuk berjaya dalam objektif karier anda.
- Senaraikan pencapaian lain yang berkait dengan jawatan yang diinginkan.
Hello All,
ReplyDeleteApparently, the above yang karya asli saya telah di copy and paste oleh blogger lain di sini :
http://dauzkaripapbull.blogspot.com/2013/02/contoh-resume-melayu.html
Harap maklum!
Sungguh sedih bila orang lain tak respect titik peluh kita..
ye lar nmpk sgt dia copy n paste. pg lar sound dia. hihuu
ReplyDeletemohon kongsi ye. Semoga tuan dikurniakan rezeki yang melimpah dan dipermudahkan urusan.
ReplyDelete