Sunday, May 13, 2012

Resepi Salmon Ringkas dan Mudah

My resepi ikan salmon yang mudah dan ringkas :)

Hari ni datang mood nak cuba masak salmon, sebelum ni tak pernah masak pun ikan salmon, makan adalah :) memandangkan hari ni rajin sikit bangun awal, kita cubalah masak sarapan special sikit buat hubby. Rupa-rupanya senang lah jugak nak masak salmon ni, cepat masak dan ringkas bahan-bahannya. Hmm..macam ni lain kali boleh try lagi :)

Resepi Ikan Salmon:

200gm isi ikan salmon  (saya potong 3 dan hiris 2 lagi supaya isi tak terlalu tebal)
1 sdm serbuk basil (selasih)
1 sdm serbuk bawang putih 
1/2 sdt garam
2 sdm mentega


Resepi Ikan Salmon: Ikan salmon yang dilumur rempah sebelum digoreng

Cara-cara masak ikan salmon:

1. Gaulkan serbuk basil, serbuk bawang putih dan garam kemudian lumurkan di kedua-dua bahagian ikan salmon)

2. Panaskan mentega di atas kuali (guna api kecil) dan goreng ikan salmon tadi.

3. Tos dan ketepikan. 

Resepi Sos Putih Ikan Salmon:

1 biji bawang merah (saiz kecil) dadu halus
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 sdm jus lemon
180ml cooking cream (saya guna jenama Elle & Vire)
sedikit lada putih 

Cara-cara membuat sos putih untuk ikan salmon:

1. Gunakan kembali mentega bekas ikan salmon goreng tadi dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu (kalau nampak mentega macam kurang untuk menumis tambah lagi)

2. Masukkan cooking cream sehingga mencapai kepekatan yang anda inginkan.

3. Tambahkan jus lemon dan lada putih. 

4. Hidangan ikan salmon di atas pinggan dan tuangkan sos putih di atasnya. 


Resepi Ikan Salmon: Gambar Close-Up Ikan Salmon yang sudah siap 

Enak dimakan bersama salad segar. Untuk idea salad segar, anda boleh lihat Resepi Salad Segar Wild Rocket dan Pir di sini. 


Cuba Juga:

Resepi Pasta Carbonara
how to cook nasi lemak
Malaysian Nasi Lemak
Thai Basil Chicken