Wednesday, October 21, 2015

Berkhatan @3.5 bulan di Klinik Dr Hamid Arshat

Time flies so fast, pejam celik pejam celik Irfan dah masuk 3 bulan.. oh no.. sunat pun belum lagi.. kalau dah nak masuk 4 bulan dah tak boleh sunat dah. sebab baby dah pandai tiarap.. kalau terlepas peluang ni habislah kena tunggu sampai 5 tahun baru boleh sunat :(

So, google2 klinik yang menawarkan khidmat berkhatan untuk bayi lelaki.. terjumpalah Klinik Dr Hamid Arshat.. nampak macam popular doctor ni (I ni jenis tak  tengok TV haha) klinik pun dekat dengan rumah I around 20 mins drive.. okaylah tu.. 

Call up the clinic, dapat slot on weekday sebab kalau weekend hanya 5 years and above dan yang handle operation is anak Dr Hamid not Dr Hamid himself. 

Pada hari yang bersejarah tu, pergilah I dengan ditemani seorang kawan.. bawak baby Irfan..sampai je tengok klinik penuh.. sigh.. ingat kena tunggu lama, tapi rupanya untuk berkhatan kena pergi the other side, takde orang.. masa tu cuma ada lagi satu baby dah selesai khatan and nurse sedang beri instructions about medication. 

I tunggu dalam 20 minit.. sambil2 Irfan menyusu.. lepas tu nurse panggi masuk.. nurse prep baby.. main2 ketawa2.. tunggu doktor adalah dalam lagi 10 minit and I was waiting to be told to leave the room actually, rupanya I boleh observe the whole procedure. 

Baby Irfan nangis bila doctor inject obat bius 3 times after that.. dah tak nangis... lepas tu doktor guna alat macam gunting and began cutting the outside skin.. gitu je simple.. then clamp.. then dabis..  (Dr guna plastibell) wow.. cepat sangat.. nurse kata dia wrap the wee-wee dengan kain gauze sebab ada darah sikit from the injection place, balik boleh buka dah gauze tu.. 

I tanya kena selalu buka pampers ke? Nurse kata tak payah.. cuma pakai pampers tu loose-loose je.. balik kalau dia nangis macam tak selesa bagi paracetamol untuk tahan sakit.. dan elakkan penggunaan sabun.. kalau nak cebokkan anak just renjis2 je tempat tu.. thats what the nurse said..

Balik tu dalam 2 jam dia dah melalak.. I pun kasi obat.. malam tu after 6 hours kasi lagi.. lepas 2 hari dah tak sakit.. 

Mula2 balik, memang bahagian kepala tu macam melecet dan kekuning-kuningan.. lepas tu dalam 3-4 hari ring tu mula terbuka sedikit demi sedikit.. dan warna kuning / melecet tu makin berkurangan.. masa ring tu dah terkeluar sikit, kena sapu ointment yang diberi.. nothing much I memang tak buka sangat pampers anak i tu.. kecuali lepas mandi I lambat-lambatkan pakai pampers supaya kering betul2 bahagian tu.. Hari kelima ring tu dah tinggal sikit je tapi it's still connected dengan this oozy gooey stringy yellow thing (tak tahu apa) hubby tanya nak tarik ke? I cakap biar je dulu, nurse kata ada yang sampai 10 hari baru tanggal habis dan yang last2 tu memang akan ambil masa sikit.. so takpelah jangan kacau.. and Alhamdulillah hari ketujuh tanggal lah semua.. masa mula-mula nak baik tu memang kesian tengok baby kan wee wee merah macam melecet.. tapi bila dah hari ketujuh memang healing very nicely and by hari kesepuluh I can say that I am very satisfied with Dr Hamid Arshat.. sekiranya ada anak lelaki lagi satu (fuuh macam betul je.. 3 ni pun dah pening) memang I akan pergi ke Dr Hamid Arshat, tak payah nak cari tempat lain lagi dah :) 


Alamat Klinik Dr Hamid Arshat:


75M, Jalan Medan Setia 1,
Bukit Damansara,
50490 KL

Tel: 03-20945800

Map: 







Anda juga mungkin meminati:

Boba Wrap & Lenny Lamb Review