Monday, October 3, 2011

Resepi Spaghetti Prego


resepi prego mudah
Spaghetti dengan Prego sos (dalam gambar ni I guna meatballs buat sendiri tapi resepi meatballs tu masih KIV sebab nak kena kacau kuah lama dalam 3 jam tu dah bukan masakan instant dah!, guna daging cincang kalau nak masak cepat ye) 


Hmm.. bila tak mood nak memasak, nampak gaya masakan instant dan simple jadi pilihan. Hidangan paling mudah? Pasta dengan sos Prego! Begitu mudah it's "fail-proof". Tapi kalau setakat panaskan sos atas api dan tuangkan terus atas spaghetti, memang tak selera nak makan. Pastikan anda tambah beberapa perencah untuk menambahkan kelazatan spaghetti anda. 

Resepi Spaghetti Mudah

1 botol sos Prego Traditional
1 bawang besar
2 sudu makan cili serbuk
1 cawan air
150gm daging cincang (lembu)
cendawan mengikut rasa 
sedikit sos cili dan tomato mengikut rasa
2 keping keju cheddar
1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu

Cara-caranya:

Tumis bawang dan serbuk cili dengan sedikit minyak hingga naik baunya, masukkan cendawan dan daging cincang, kemudian tambahkan sos prego dan 1 cawan air hingga mendidih. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato mengikut rasa ( dalam 3-5 sudu makan setiap satu). Biarkan mendidih sehingga kuah pekat mengikut citarasa anda kemudian masukkan keju hingga larut dan akhir sekali tomato segar sejurus sebelum mematikan api. 


Ditambah dengan ayam goreng segera 5 stars dan salad buah. Cukuplah untuk makan malam yang mudah dan cepat. :)


Boleh Cuba Juga:


fried udon recipe
Fried Udon
asian noodle recipe
Mee Kuah Recipe
resepi pasta goreng
Pasta Goreng Aglio Olio Lazy Style