Tuesday, April 23, 2013

Resepi Pasta Goreng Mudah - Aglio Olio Lazy Style

resepi pasta goreng
My Ultra Simple Aglio Olio Recipe


Ini adalah bila tahap malas nak masak mee untuk anak dah melampau tapi tak sampai hati nak kasi dia makan maggi goreng.. jadi paling ringkas masak pasta "Angel Hair" dia macam spaghetti tapi lagi halus jadi cepat masak dalam 3-5minit je rebus dah lembut.. 

Aglio Olio pulak pasta paling ringkas dengan bahan-bahan asas seperti minyak zaitun, bawang putih, lada hitam dan keju je.. 

Masa mula-mula try resepi ni yang I jumpa online mak oi minyak zaitun punyalah banyak nak dekat 3/4 cawan isy.. tekak tak boleh telan langsung sebab berminyak.. sekarang ni I modify resepi pasta goreng ni untuk tekak anak kecik seperti berikut: 

Resepi Pasta Goreng Aglio Olio (untuk 2 kanak-kanak)

1. Rebus  "Angel Hair " secukupnya untuk 2 kanak-kanak makan, rebus dengan sedikit minyak dan garam, kemudian tos dan asingkan.

2. Bahan-bahan tumis:

3 ulas bawang putih -dicincang halus
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan daun sup atau Italian Parsley yang telah dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
isi ayam yang di hiris (ikut suka berapa banyak)
5 batang cendawan shitake - dihiris halus
1 biji tomato sederhana besar - didadu
1 keju cheddar
garam
sedikit air

Cara-cara memasak Pasta Goreng Aglio Olio:

1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun hingga aroma bawang putih bangkit. 
2. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam sehingga masak.
3.Tambahkan sedikit air jika kering dan masukan cendawan. 
4. Masukkan tomato dan keju (tambah air lagi jika perlu) masukkan garam. 
5. Campurkan pasta Angel Hair yang telah ditos dan gaul rata. 

That's it! Senang kan :) Resepi ni sangat mild rasanya untuk kanak-kanak, kalau nak hidangkan untuk orang dewasa.. maybe tambah lebih lada hitam dan jangan guna keju cheddar sebaliknya kurangkan garam dan hanya gaulkan parmesan cheese secukupnya apabila ingin mengidangkan Aglio Olio.

Anda mungkin meminati:

desaru with kids
The Pulai Desaru Review
local food kuala lumpur
Satay Station