Wednesday, April 17, 2013

Cara Pakai Sk ii

Hmm.. memandangkan usia dah semakin meningkat dan sejak kebelakangan ni kulit asyik break out je.. I was looking around for a new cleanser. Then that day balik Singapore, tengok kulit adik I yang problematic macam dah clear balik ala-ala time dia remaja dulu (yes.. both of us had clear skin during our teenage years only to have problems in our mid 20's..) I pun tanya what have you been using? and she said sk ii facial treatment essence AJE..tak pakai benda lain pun.. cleanser pun tak.. pagi2 cuci muka dengan air then dia dab kan sk ii facial treatment essence tu dekat muka dia.. waaahh... so good ah??

Oklah, kita pun try! Jalan-jalan at Isetan, ternampak ada starter kit at SGD99.. ada 40ml toner (dia panggil sk ii Facial treatment clear lotion), 75ml sk ii facial treatment essence and 1 pek sk ii mask..I tambah beli sk ii facial treatment cleanser and a moisturizer (dia panggil sk ii facial clear solution) sebab masa tu dahi banyak sangat biji biji yang kecik kecik tu (ruam panas eh?) and kulit pun everytime period mesti break out.. 


pakai skii
SK ii Cleanser



Salesgirl tu kata, I need a gentle cleanser and a gentle moisturizer sebab muka tak oily, ada tempat kering pun, tapi keluar jerawat.. hhmm.. tak paham..so teruskan dengan yang gentle dulu untuk clear kan skin..pastu dia advice ada orang masa mula-mula pakai sk ii facial treatment essence akan break out, tapi kena pakai juga sampai 1-2 minggu nanti dia reda ikut hormon badan kita.. eeerrmm.. nasib baik lah i pakai tak break out, kalau break out tak rasa I boleh sabar 1-2 minggu..confirm I stop!


cara pakai sk ii
Sk ii Products:left to rigth: Toner, treatment essence and moisturizer

Memandangkan nama-nama produk ni pelik2 (apalah susah dia letak, cleanser, toner, moisturizer, cream etc etc) lepas tu label pulak bahasa Jepun.. I suruh lah cik salesgirl tu tulis kan step by step apa yg I kena buat.. sebab memang best ye ye ye depan counter, balik rumah "apa ek dia cakap?" 

So di bawah adalah cara-cara pakai sk ii (kalau u beli sama product macam i! haha):

1 -  Sk ii Facial Treatment cleanser : biasalah, basahkan muka, picit sikit cleanser at tangan, tambah air sikit, gosok-gosok kat muka tu pastu bilas...

2 - Sk ii Facial Treatment Clear Lotion (This is the toner) : dab sikit on facial cotton pastu dab satu muka kecuali eyes and lips..

3 - Sk ii facial treatment essence: ah.. ni ada dua cara: 

 a) cara salesgirl: amik 2 cotton wool, basahkan dengan facial treatment essence, pastu dab satu muka, pastu asingkan cotton wool tu layer by layer pastu you letak on your problematic area on the face for 5-10 minutes (sebab tak nak waste FTE yg ada at cotton wool tu..)

b) cara nak save (ini adik i punya kawan punya cara) picit sikit je kat tangan pastu dab at muka (supaya 1 botol kecik boleh bertahan berbulan2)

4 - akhir skali moisturizer! nama dia "sk ii facial clear solution": yang ni biasa je lah, squirt sikit pastu dab at face. 

These are the products that I use, kalau u punya lain range.. maaf ye.. I tak tahu cara-caranye.. hee.. Alhamdulillah setakat ni memang puas hati pakai sk ii, tapi kalau stop pakai, kulit macam kusam balik.. boring! high maintenance lah gini.. anyway, walaupun kena pakai siang dan malam.. i pakai pagi je eh.. sayang nak pakai banyak2.. ni pun pakai once a day, result quite good :) 

Of course maybe ada factor lain jugak kot.. yang pertama: I try to juice more fruits and vegetables to clear toxins from within and yang kedua.. I dah jarang pakai make up.. takut clog pores.. just pakai baby powder je sekarang.. certain occasion, I just use Laura Mercier pressed translucent pressed setting powder..very lightweight and senang basuh :) 

No comments:

Post a Comment