Saturday, March 29, 2014

Resepi Pasta Creamy Carbonara (Tanpa sos botol)

resepi pasta carbonara sedap
Resepi Creamy Carbonara simple (tanpa sos botol) sure to impress :)


Creamy carbonara adalah spaghetti kegemaran anak-anak ku.. jadi nak tak nak mestilah belajar masak kan? Ni adalah kali ketiga mencuba masak creamy carbonara tanpa sos botol, rasa macam ok so.. resepi ni I akan simpan :)

Senang je nak buat creamy carbonara, bahan-bahan utama butter, bacon, telur, parmesan cheese dan cooking cream. (Tapi ada authentic Italian yang kata tak perlu pakai cream baru original carbonara..untuk anak-anak I sebab memang mereka suka yang creamy so.. I letak lah cooking cream ye :) )

Lepas tu sebab bacon yang I pakai agak tipis so.. rasa daging tak berapa kuat jadi I masukkan 1 kiub stok daging.. hasilnya sedaap menjilat jari terus esoknya anak I yang no 2 tu mintak masak lagi haha.. 

Ok resepi creamy carbonara I simple je:


2 sdm mentega 
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) dihiris
100gm "Gourmessa" Beef Breafast Streaky Bacon (dipotong kecil2)
4 batang cendawan butang (dihiris)
2 biji telur
3 sdm keju parmesan (tapi I takde parmesan jadi I pakai mozarella)
200gm  Paul Thickened Cream 
1 kiub Knorr's perisa daging
Spaghetti cukup untuk 3 orang makan (dalam 100-150gm)

Cara-cara masak creamy carbonara:


1- Spaghetti di rebus bersama air, garam dan sedikit minyak zaitun sehingga lembut, tos dan asingkan.
2- Panaskan mentega di atas pan dan masukkan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
3- Masukkan bacon, goreng hingga masak (kalau nak garing, goreng dan tos dan kemudian masukkan dalam spaghetti selepas krim digaulkan, tapi anak I tak suka garing jadi I biarkan dalam pan)
4- Masukkan cendawan.
5- Pecahkan telur dalam mangkuk yang berasingan dan kacau dengan keju. (Boleh tambahkan sedikit lada hitam kalau anda ingin terasa pedas sedikit tapi I tak letak ye)
6- Matikan api dalam pan, campurkan spaghetti yang telah ditos di dalam pan yang berisi bakon tadi, tuangkan campuran telur  dan keju tadi dan kacau rata dengan spaghetti dengan cepat (kalau lambat atau pan masih teramat panas nanti telur tak jadi sauce tapi jadi telur "scrambled". 
7- Campurkan krim dan kacau rata.
8- Larutkan 1 kiub stok daging Knorr dengan 1/2 cawan air panas kemudian tuangkan ke atas sos spaghetti carbonara tadi. 
9 - Siap! Hiaskan dengan parsley jika mahu.  

*Note: Jika anda rasa sos terlalu creamy dan mahukan rasa yang lebih ringan, cuba kurangkan kiub knorr ke 1/2 kiub dan krim ke 150gm. Selamat Mencuba!

Masih ragu-ragu? Lihat video "Real Spaghetti Carbonara" untuk cara-cara nak kacau spaghetti dengan campuran telur dan keju di sini :


Selamat Mencuba!

Cuba juga:

the nobbies phillip island
Jalan-jalan Phillip Island
resipi steak best
Resepi Steak, Mashed Potato dan Salad