Thursday, November 26, 2015

Boba Wrap untuk newborn dan Lenny Lamb carrier untuk 4 bulan ke atas

Masa Irfan umur dua bulan, memandangkan I ni duduk jauh dari mak, sibuklah cari carrier atau wrap unuk newborn supaya senang nak jaga, boleh menyusu / dukung handsfree sambil jaga anak lagi dua yang besar tu.. masa anak I yang 1st, I ni tak peka sgt pasal carrier.. pakai je carrier biasa yang tak ergonomic tu.. ok je anak I yang 1st takde masalah kaki pun.. tapi yang no 3 bila I tgh nak cari info pasal wrap yang sesuai untuk newborn, terbaca lah pulak pasal carrier mesti nak ergonomic, kaki baby mesti nak shape “M” etc etc.. kita pun ikutlah… 

Awal2 tu I jumpa Suppori sling at The Baby Tree di “The Curve” tapi dia ikut size  pengguna (mommies/daddies) and masa tu size I dah takde, lagipun salesgirl tu cakap Suppori Sling tu untuk 4 bulan ke atas.. lepas tu I baca2 pasal wrap, terjumpa pasal Moby Wrap and Boba Wrap, since dah desperate sgt, I beli je lah Boba Wrap basic online.. 

Boba Wrap untuk newborn babies



Boba tu.. pada I oklah.. ikat dia tak susah sangat, cuma dia panjang jadi bila ikat memang menyapu lantai, jadi I selalu pakai di rumah sahaja sebab kalau kat luar nak ikat kotorlah kalau terkena lantai. Bab ikat ni.. I tak tahu kenapa, bila nak ikat belah belakang tu (yang last2 nak ikat mati) mesti kain dia terpusing2 tak boleh straight, jadi yang tu buat I sakit pinggang. Tapi kalau pakai di rumah, bila Irfan merengek dan I kena suapkan abang2 dia yang masih manja2 sgt tu.. memang Boba ni penyelamat, siap boleh menyusu handsfree lagi.. Cuma kalau kat luar nak menyusu handsfree tu memang tak pass nak adjust wrap and biar baby latch tanpa exposing myself. Kalau nak tengok macamana nak menyusukan baby pakai boba wrap, boleh tgk kat video ni:




Lepas Irfan umur 4 bulan, I terjumpa Pupsik Studio Sling di MotherCare @ Atria Shopping Ctr.. ni pun macam Suppori jugak (Cuma Suppori pakai mesh, Pupsik Studio ni jenis kain) ada ikut size pengguna jugak.. check punya check ada size I yeay! Apa lagi grab lah.. Pupsik sling ni walaupun dia kata boleh handsfree, I tak confident sgt lah ,takut baby I jatuh haha.. jadi I guna still with one hand support, but at least takde lah berat sgt budak tu.. plus kalau dia tidur pun selesa jugak berbanding kalau I dukung guna tangan je.. Yang ni carrier fave I no 2. I suka the fact that dia senang nak pakai dan tanggal so I boleh tangalkan dan guna my breastfeeding apron bila2 perlu, dan I suka dia tak berat / ambil banyak tempat, kalau tak guna lipat kecik2… best J

Pupsik Studio Sling : photo taken from Pupsik Studio Website


Around that time jugak, I travelled with the kids without hubby to Singapore (oklah jugak cos Mak I temankan) bila nak balik tu.. terpikir.. I need a handsfree ssc so kalau nak tarik luggage senang.. so I researched a bit and found out that the popular ones seems to be “Tula” “LennyLamb” and “Kokadi” yang “kokadi” ni kecik sikit, so boleh muat Newborn but since Irfan pun dah 4 bulan, bam bam pulak tu.. I rasa I should pilih antara Tula dan LL. Then bila baca2 review, ada mum tu cakap  Tula dan LL sama je.. both boleh bf jugak discreetly, yang beza dianya waist buckle, kalau kita jenis “petite” Tula waist hole dia fits smaller waist berbading dengan LL. So, I though.. oklah beli Tula je lah, kita ni kan orang Asia badan kecik (hohoho lupa dah anak tiga.. pinggang pun dah tak kecik dah :P)

carrier ergonomic 4 bulan ke atas
Tula SSC for 4 months and above


2 hari lepas order, Tula pun sampai.. excited lah I.. try on.. tapi I tak reti2 , terasa macam susah sgt the shoulder buckle tu.. tak pas2..shoulder strap pun asyik nak terjatuh.. I try jugak put my child inside.. I feel yang bahagian waist  tu.. tempat yang baby nak restkan punggung tu macam keras.. so baby punya bum-bum macam terhanging kat situ.. macam tak comfy) plus Tula’s material is canvas.. mcm panas pulak.. anak I pun tak selesa and kept crying.. sigh.. buang $$

Next day, my cousin came with her bb (birthday selang seminggu dgn Irfan) I told her about the Tula, she said dia interested, I let her try and waaaah.. macam senang gitu dia pakai.. baby dia pun happy je.. masuk terus tidur.. hmmm.. so maybe bukan rezeki anak I tapi rezeki anak dia J


So, I still need a ssc man! Next is the LL.. order je lah.. besok sampai…its actually cheaper than a Tula.. tapi I suka I suka I suka hahahaha… material is way softer than a Tula. Design sama je.. shoulder strap, shoulder buckle, waist strap, waist buckle.. tapi yang ni sebab cotton material, dia softer and breathable, bum bum anak I tak ter-hang atas the waist strap tu.. shoulder strap pun tak terjatuh2 dan yes I manage to buckle it up without any help yeay! Daaaan yang paling penting.. anak I pun happy.. tak cranky and dia pun tidur dalam Lenny Lamb. Yeay Yeay and triple yeay! Ok.. so.. this is my current fave carrier J Memang ikutkan dia bulky as compared to the Pupsik Sling, tapi yg LL ni.. I pakai je standy on the waist.. I tak buka2 J Ni gambar baby Irfan dlm LL : 


ssc lennylamb
Lenny Lamb Carrier for 4 months and above

I hope you find your Wrap/ SSC :) 

Wednesday, November 18, 2015

Pengalaman susahnya menyusukan anak

Irfan anak I yang ketiga, anak-anak I yang no 1 dan 2, I campur susu badan dan susu formula, susu badan pun dapatlah paling lama 4 bulan je sebab masa tu tak berapa terfikir sangat yang breast is best.. pada I susu formula banyak kemudahannya.. siapa2 yang nak tolong jaga senang, malam dapat bergilir dengan husband jaga baby, tak lah sleep deprived sangat, mak dan ayah kalau nak bawak baby balik seminggu untuk main2 pun ok takde masalah, I nak keluar pergi mana2 takde time limit nak kena balik sebab nak kena bagi susu badan.. lagipun I pun dulu minum susu formula je.. Alhamdulillah besar memanjanglah jugak :p 

Tak tahulah kenapa.. semenjak duduk Malaysia ni, semangat nak meyusukan anak ketiga secara eksklusif susu badan macam membara haha.. So masa preggy tu siap2 beli botol nak simpan susu and double pump electric Malish. I pergi Pump On The Go at Kelana Jaya, pekerja tu kata kalau dah biasa dengan Medela Swing, Malish pun ok, suction dia sama, plus Malish double pump lagi meant for heavy usage, boeh pump sampai 10 x sehari (masa tu angguk-angguk je, tak terpikir pun sapa ada masa nak pump sampai 10x sehari???)

Masa anak pertama dan kedua, memang takde masalah susu tak banyak, maybe sebab tak ada pressure, masa pump susu keluar ok je.Especially yang no 2, dari hospital lagi I dah start pump walaupun susu keluar sikit sahaja. Masa anak ketiga ni, I pikir I tak nak pump just latch je sebab terbaca baik jangan kasi baby bottle dalam sebulan, supaya takde nipple confusion. Masa hari pertama dan kedua kat wad bersalin tu okaaay je.. nurse kata baby ok, adalah baby ngantuk2 bila menyusu tapi bila kita usap2 kepala dan kacau2 telinga dia, dia menyusu balik.. i pikir oklah tu, latch pun takde masalah.

Bila nak discharge, datanglah PD I yang garang tu... "aaah.. baby u dah lost weight ye..dalam 300g.. u takde susu ke?" I jawab selamba "Dia latch okaaay je doktor" Siap doktor tu cakap "mana awak tahu awak ada susu ke tak? Mana tahu dia hisap angin? Balik gi pump, tengok berapa banyak susu awak!"  :( tetiba stress I tell you!

Before discharge, nurse bagi kertas to monitor satu hari berapa banyak kali lampin basah + berapa kali baby patut buang air besar, last dia kata, "kalau baby kencing ada warna oren2 tu maknanya "urates" dah keluar, you kena start bagi susu formula ok?" 

Hari pertama di rumah (hari jumaat), I pun try lah pump pakai Malish, kanan dan kiri satu titik susu pun tak keluar.. tiba2 macam2 perasaan melanda diri ini, betul ke susu takde? nak tengok lampin basah, tak sampai pun kekerapan yang ditulis dalam kertas tu, buang air besar pun sekali sehari je.. tapi.. I tetap tak nak campur.. malam tu hubby belikan medela sebab I dah start nangis.. pump pakai medela, susu belah kiri keluar.. tapi yang belah kanan tak nak keluar langsung.. I mula tak cukup tidur..  baby menyusu direct makan masa yang lama, bila letak dia nangis jadi nak tunggu baby betul2 lena kemudian mula pump memang memenatkan.

Hari Sabtu (hari kelima bersalin, selalunya susu start meriah hari yang ke5-7) I makan betik muda, minum air kacang hijau dan juga air kurma merah, tak lupa juga pump walaupun sikit je keluar.. malam tu dada sakit macam batu... stress sangat sangat.. I have to take ice wrap dalam kain dan perlahan2 sapu kat dada.. I pakai cold compress sebab hot compress tak jalan buat I, try to pump.. still sama masalah susu tak nak keluar! Ok by now I dah tahu bukan I tak ada susu tapi susu I memang tak boleh di-pump kali ni.. Masalah ni tak wujud buat baby pertama dan kedua I ok.. I think it has something to do with me having negative thoughts about pumping.. penat, stress, buang masa.. that kind of thoughts you know.. 

Hari Ahad (Esok ada appointment dengan PD dah) I check diapers anak ada oren.. sigh.. I panik..I feel like adakah aku menzalimi anak aku sendiri dengan ego ku untuk menyusukan dia secara eksklusif sedangkan dia perlukan susu dan aku tak mampu untuk memberi supply yang secukupnya? Malam tu I start supplementing dengan susu formula. 

Esok jumpa PD I nangis, anak I kuning dan total weight lost nearly 800grams.. Start dari hari tu I campur susu badan + susu formula, mula2 bagi susu badan lepas tu bagi susu formula sampai dia kenyang..masa ni, kerja mak, adik dan suami I sumbat baby I dengan susu je bila budak ni nangis. sikit2 susu.. suami I lah paling teruk kalau jaga malam, budak ni nangis sikit je dia sumbat susu.. sampai keluar susu kat hidung semua. I perhatikan.. kalau lepas menyusu badan, kalau I kasi susu formula pun.. dia cuma minum 10ml lebih je.. and I thought to myself, takkan badan I tak boleh produce that 10ml more? Plus I'm still having sore breast dammit!

The turning point came malam Raya dengan kepenatan tak cukup tidur dan kepala yang berdenyut, I decided that I am not going to produce more milk in this state of mind. Makan benda2 yang kasi susu banyak pun cuma kasi bengkak je sebab I tak boleh pump keluar susu secara efektif dan anak I bukan jenis yang suka minum susu banyak2 sekali sitting. Dia jenis yang minum sedikit tapi kerap. So.. I decided "No more pumping!" Its direct latch all the way, let my baby tell my body how much he needs and if my body can not keep up yet, supplement lah dengan susu.

So, from that day onwards, everything seems better, less stress, yes I have to admit that he drank formula (and also wasted it) like 3x a day(each time just 10ml more after my feed) sampailah 1 month check up dengan PD and she said "Baby is overweight already, please kurangkan susu formula" I took that as a challenge to limit formula to only once a day bila I have to go out to fetch the bigger brothers, the rest is direct bf. Sampailah 3 months my baby started to refuse botol :'| Oh tidak.. yang ni pun masalah sebenarnya.. masalah tak boleh ditinggalkan ibu haha.. jadi apa yang saya buat kalau I need to run some errands adalah I ask my family members to give him milk using a syringe ataupun sudu kalau da betul2 lapar :) So far the sudu option works, I try sippy cups tapi anak I belum reti guna sippy cups so that one in the future Insya Allah.. sekarang ni dia dah nak masuk 5 months and he has been displaying a lot of interest in food, so hari ni nak start on bubur beras, tengoklah macam mana kalau ok, maknanya lepas ni kalau I go out on errands kasi je lah dia makan haha.. 

To all bf mamas that are encountering problems, take heart, not all of us have it easy and if you have tried your best and you still can't do it, don't beat yourself up about it. 

For myself, nowadays I don't take any specific food to increase breast milk production, I just drink lots of water (walaupun ni macam melanggar pantang orang2 melayu) and eat lots of green vegetables. Kalau awal2 tu adalah makan / minum:
1) oats / nestum
2) milo
3) air kacang hijau 
4) lemak masak daun cekur manis / turi (yang ini confirm banyak susu for me)
5) lobak putih (masuk dalam sup ayam atau hiris halus dan rendam dalam air garam buat ulam)
6) betik muda (hiris halus2 rendam dalam air garam buat ulam) 

pernah jugak try fenugreek (I rebus 1 uncang akar herbanika Nona Roguy + 1 sudu makan fenugreek- halba) Ya Allah bau dia sungguh tak tahan.. badan dan peluh semua bau, baju semua berbau.. I can not take it.. tapi effect dia memang within 24 hours susu bertambah cuma.. wasted lah bagi I, sebab anak I still tak minum banyak in one feed and I tak boleh pump.. so I stop. 

Satu petua untuk hilangkan bengkak susu kalau tak boleh pump keluar adalah untuk susukan baby dalam posisi "all fours" dimana baby diletakkan di atas beberapa bantal dan dada kita "dangling" di atas baby, posisikan dagu baby menghadap ke arah milk ducts yang tersumbat sambil kita urut biji2 yang keras tu.. I try position ni.. Alhamdulillah bengkak susu hilang.. sekarang ni I adjust sikit posisi, I tak all fours atas baby tapi I letakkan baby di tepi katil, kemudian I tunduk atas baby dan biarkan dada dangling atas dia.. senang sikit tak payah nak position baby atas bantal cuma memang sakit pinggang.. tapi apalah sakit pinggang sikit compared to bengkak susu :P I dah lama dah takde bengkak susu hee.. but I still guna posisi tepi katil (walaupun nampak weird teramat sangat) I use this positon bila baby mula ada breast preference, he will refuse one side and sakit lah kan.. so this position is the only position yang baby akan minum susu dari side yang dia refuse :)

Oklah panjang menjela.. bye bye...