Irfan anak I yang ketiga, anak-anak I yang no 1 dan 2, I campur susu badan dan susu formula, susu badan pun dapatlah paling lama 4 bulan je sebab masa tu tak berapa terfikir sangat yang breast is best.. pada I susu formula banyak kemudahannya.. siapa2 yang nak tolong jaga senang, malam dapat bergilir dengan husband jaga baby, tak lah sleep deprived sangat, mak dan ayah kalau nak bawak baby balik seminggu untuk main2 pun ok takde masalah, I nak keluar pergi mana2 takde time limit nak kena balik sebab nak kena bagi susu badan.. lagipun I pun dulu minum susu formula je.. Alhamdulillah besar memanjanglah jugak :p
Tak tahulah kenapa.. semenjak duduk Malaysia ni, semangat nak meyusukan anak ketiga secara eksklusif susu badan macam membara haha.. So masa preggy tu siap2 beli botol nak simpan susu and double pump electric Malish. I pergi Pump On The Go at Kelana Jaya, pekerja tu kata kalau dah biasa dengan Medela Swing, Malish pun ok, suction dia sama, plus Malish double pump lagi meant for heavy usage, boeh pump sampai 10 x sehari (masa tu angguk-angguk je, tak terpikir pun sapa ada masa nak pump sampai 10x sehari???)
Masa anak pertama dan kedua, memang takde masalah susu tak banyak, maybe sebab tak ada pressure, masa pump susu keluar ok je.Especially yang no 2, dari hospital lagi I dah start pump walaupun susu keluar sikit sahaja. Masa anak ketiga ni, I pikir I tak nak pump just latch je sebab terbaca baik jangan kasi baby bottle dalam sebulan, supaya takde nipple confusion. Masa hari pertama dan kedua kat wad bersalin tu okaaay je.. nurse kata baby ok, adalah baby ngantuk2 bila menyusu tapi bila kita usap2 kepala dan kacau2 telinga dia, dia menyusu balik.. i pikir oklah tu, latch pun takde masalah.
Bila nak discharge, datanglah PD I yang garang tu... "aaah.. baby u dah lost weight ye..dalam 300g.. u takde susu ke?" I jawab selamba "Dia latch okaaay je doktor" Siap doktor tu cakap "mana awak tahu awak ada susu ke tak? Mana tahu dia hisap angin? Balik gi pump, tengok berapa banyak susu awak!" :( tetiba stress I tell you!
Before discharge, nurse bagi kertas to monitor satu hari berapa banyak kali lampin basah + berapa kali baby patut buang air besar, last dia kata, "kalau baby kencing ada warna oren2 tu maknanya "urates" dah keluar, you kena start bagi susu formula ok?"
Hari pertama di rumah (hari jumaat), I pun try lah pump pakai Malish, kanan dan kiri satu titik susu pun tak keluar.. tiba2 macam2 perasaan melanda diri ini, betul ke susu takde? nak tengok lampin basah, tak sampai pun kekerapan yang ditulis dalam kertas tu, buang air besar pun sekali sehari je.. tapi.. I tetap tak nak campur.. malam tu hubby belikan medela sebab I dah start nangis.. pump pakai medela, susu belah kiri keluar.. tapi yang belah kanan tak nak keluar langsung.. I mula tak cukup tidur.. baby menyusu direct makan masa yang lama, bila letak dia nangis jadi nak tunggu baby betul2 lena kemudian mula pump memang memenatkan.
Hari Sabtu (hari kelima bersalin, selalunya susu start meriah hari yang ke5-7) I makan betik muda, minum air kacang hijau dan juga air kurma merah, tak lupa juga pump walaupun sikit je keluar.. malam tu dada sakit macam batu... stress sangat sangat.. I have to take ice wrap dalam kain dan perlahan2 sapu kat dada.. I pakai cold compress sebab hot compress tak jalan buat I, try to pump.. still sama masalah susu tak nak keluar! Ok by now I dah tahu bukan I tak ada susu tapi susu I memang tak boleh di-pump kali ni.. Masalah ni tak wujud buat baby pertama dan kedua I ok.. I think it has something to do with me having negative thoughts about pumping.. penat, stress, buang masa.. that kind of thoughts you know..
Hari Ahad (Esok ada appointment dengan PD dah) I check diapers anak ada oren.. sigh.. I panik..I feel like adakah aku menzalimi anak aku sendiri dengan ego ku untuk menyusukan dia secara eksklusif sedangkan dia perlukan susu dan aku tak mampu untuk memberi supply yang secukupnya? Malam tu I start supplementing dengan susu formula.
Esok jumpa PD I nangis, anak I kuning dan total weight lost nearly 800grams.. Start dari hari tu I campur susu badan + susu formula, mula2 bagi susu badan lepas tu bagi susu formula sampai dia kenyang..masa ni, kerja mak, adik dan suami I sumbat baby I dengan susu je bila budak ni nangis. sikit2 susu.. suami I lah paling teruk kalau jaga malam, budak ni nangis sikit je dia sumbat susu.. sampai keluar susu kat hidung semua. I perhatikan.. kalau lepas menyusu badan, kalau I kasi susu formula pun.. dia cuma minum 10ml lebih je.. and I thought to myself, takkan badan I tak boleh produce that 10ml more? Plus I'm still having sore breast dammit!
The turning point came malam Raya dengan kepenatan tak cukup tidur dan kepala yang berdenyut, I decided that I am not going to produce more milk in this state of mind. Makan benda2 yang kasi susu banyak pun cuma kasi bengkak je sebab I tak boleh pump keluar susu secara efektif dan anak I bukan jenis yang suka minum susu banyak2 sekali sitting. Dia jenis yang minum sedikit tapi kerap. So.. I decided "No more pumping!" Its direct latch all the way, let my baby tell my body how much he needs and if my body can not keep up yet, supplement lah dengan susu.
So, from that day onwards, everything seems better, less stress, yes I have to admit that he drank formula (and also wasted it) like 3x a day(each time just 10ml more after my feed) sampailah 1 month check up dengan PD and she said "Baby is overweight already, please kurangkan susu formula" I took that as a challenge to limit formula to only once a day bila I have to go out to fetch the bigger brothers, the rest is direct bf. Sampailah 3 months my baby started to refuse botol :'| Oh tidak.. yang ni pun masalah sebenarnya.. masalah tak boleh ditinggalkan ibu haha.. jadi apa yang saya buat kalau I need to run some errands adalah I ask my family members to give him milk using a syringe ataupun sudu kalau da betul2 lapar :) So far the sudu option works, I try sippy cups tapi anak I belum reti guna sippy cups so that one in the future Insya Allah.. sekarang ni dia dah nak masuk 5 months and he has been displaying a lot of interest in food, so hari ni nak start on bubur beras, tengoklah macam mana kalau ok, maknanya lepas ni kalau I go out on errands kasi je lah dia makan haha..
To all bf mamas that are encountering problems, take heart, not all of us have it easy and if you have tried your best and you still can't do it, don't beat yourself up about it.
For myself, nowadays I don't take any specific food to increase breast milk production, I just drink lots of water (walaupun ni macam melanggar pantang orang2 melayu) and eat lots of green vegetables. Kalau awal2 tu adalah makan / minum:
1) oats / nestum
2) milo
3) air kacang hijau
4) lemak masak daun cekur manis / turi (yang ini confirm banyak susu for me)
5) lobak putih (masuk dalam sup ayam atau hiris halus dan rendam dalam air garam buat ulam)
6) betik muda (hiris halus2 rendam dalam air garam buat ulam)
pernah jugak try fenugreek (I rebus 1 uncang akar herbanika Nona Roguy + 1 sudu makan fenugreek- halba) Ya Allah bau dia sungguh tak tahan.. badan dan peluh semua bau, baju semua berbau.. I can not take it.. tapi effect dia memang within 24 hours susu bertambah cuma.. wasted lah bagi I, sebab anak I still tak minum banyak in one feed and I tak boleh pump.. so I stop.
Satu petua untuk hilangkan bengkak susu kalau tak boleh pump keluar adalah untuk susukan baby dalam posisi "all fours" dimana baby diletakkan di atas beberapa bantal dan dada kita "dangling" di atas baby, posisikan dagu baby menghadap ke arah milk ducts yang tersumbat sambil kita urut biji2 yang keras tu.. I try position ni.. Alhamdulillah bengkak susu hilang.. sekarang ni I adjust sikit posisi, I tak all fours atas baby tapi I letakkan baby di tepi katil, kemudian I tunduk atas baby dan biarkan dada dangling atas dia.. senang sikit tak payah nak position baby atas bantal cuma memang sakit pinggang.. tapi apalah sakit pinggang sikit compared to bengkak susu :P I dah lama dah takde bengkak susu hee.. but I still guna posisi tepi katil (walaupun nampak weird teramat sangat) I use this positon bila baby mula ada breast preference, he will refuse one side and sakit lah kan.. so this position is the only position yang baby akan minum susu dari side yang dia refuse :)
Oklah panjang menjela.. bye bye...
No comments:
Post a Comment