Friday, May 25, 2012

Salad Buah

Minggu ini, I cuba salad buah pula, memandangkan Mr Hubby komen yang salad I ni buat dia tambah berat badan bukan kurangkan berat badan. Jadi, salad buah yang sihat je lah minggu ni, tak guna dressing mayo, sour cream, yoghurt, olive oil.. semua kena pangkah.. last-last I pakai lemon juice & madu or lemon juice & date syrup sahaja...nak sihat macam mana lagi pun tak tahu dah.. :p

Yang salad buah bawah ni, I langsung tak perah apa-apa, hanya pastikan buah-buahan yang dipilih benar-benar masak jadi manisnya asli. 

resepi diet
Salad Buah Segar Untuk Diet Gaya Sihat :)


Resepi Salad Buah:

1 biji dragon fruit
1 biji mangga
3 biji ciku
10 biji anggur


Rasanya ok lah jugak, cuma haritu ciku kurang manis dan secara peribadi I lagi suka mangga + strawberry cuma haritu strawberry korea takde di supermarket, bukan nak memilih tapi strawberry cameron highlands / america kurang manis berbanding dengan strawberry korea, pastu takkan nak tambah gula kan kalau nak makan salad sihat jadi ingatkan ciku manis bolehlah buat pengganti. Tapi in "retrospective" mungkin buah lai lebih sesuai..