Pages

Thursday, October 18, 2012

Penjagaan Rambut; Hijabi and Proud of It :)

Hmm.. siapa kata wanita pakai tudung tak perlu jaga rambut? Paling best sekali pakai tudung and rambut cantik lah :) baru special Mr Husband tengok @ home. Baru Encik Suami appreciate kita reserve kecantikan kita untuk dia saja di rumah kan? 

Anyway, I memang dari sebelum kahwin cerewet sikit bab potong rambut, ingat lagi kecik-kecik makcik i practise gunting rambut i (Cos masa u dia ada amik hairdressing course) rambut I senget, mengamuk satu hari terus tak bagi dia gunting lagi rambut I. 

Masa belum kahwin, kalau balik dari saloon, bapak mesti pelik apasal tak suruh dia gunting kan aje rambut kat rumah, free apa, bapak tanya "apa ada plan tak nak pakai tudung lagi ke?" eh, bukan apa, abah gunting tak style lah, hairdresser gunting ada technique betul tak? kita nak fringe ke layered ke bukan gunting straight je :p

So, sekarang setelah bergelar seorang isteri dan ibu, semakin perlu lah jaga kecantikan rambut kan? cuma problem lepas dah berkali-kali rebond (tak selalu pun, setahun sekali je) rambut dah kering dan tidak bermaya, I totally dislike it. Plus, lepas dapat anak, rambut gugur banyak.. pun tak suka!

Jadi, sekarang ni kalau rebond pun mesti buat dengan treatment sekali, selalu salon akan rekomen produk mask and shampoo and conditioner kan tapi for the past year since anak masih kecil memang takde time nak   lama-lama dalam toilet.. anak2 konfem melalak depan pintu bilik air. 

Baru-baru ni, I decided enough is enough, I want my lovely shiny hair back, so after a visit to the salon, I dropped by Tesco lah cari produk penjagaan rambut. I jumpa dua produk penjagaan rambut yang best :) 

produk penjagaan rambut
Penjagaan Rambut : Mask and Express Hair Repair Spray


Schwarzkopf Extra Care Hair Repair - Shea Cashmere Intensive Mask:

Produk mask rambut ini memang best, pakai pun senang, lepas shampoo rambut, lumurkan mask ke rambut yang basah, tunggu 1 minit dan bilas, pakai 2-3 kali seminggu. 

I love it cos cepat je 1 minit, tak payah nak tunggu lama2, dan I memang pakai shampoo and conditioner Schwarkopf pun masa terjuma @ Guardian dulu, sebab suka sangat botol dia yang kaler pink haha.. (Cuba cari @ Tesco takde pulak yang kaler pink) Pakai mask ni selang seli lah dengan conditioner, kalau hari ni pakai shampoo and conditioner, esok shampoo and mask pulak..

Schwarzkopf Extra Care Hair Repair : Hydro Collagen Express Repair Daily Treatment Spray:

Yang ni spray rambut, boleh pakai setiap hari and its a leave on, maknanya tak payah susah2 nak bilas lepas spray. Spray je produk penjagaan rambut ni pada rambut (jangan kena scalp tau) rambut pasti berkilat dan tak frizzy. I suka sangat spray ni, rambut I lembut dan tak kasar, rambut pun nampak lebih sihat. Baru konfiden sikit bergaya di rumah :)

Kalau agak-agak you tak nak belanja banyak untuk produk penjagaan rambut, boleh jugak amalkan petua penjagaan rambut di bawah ni (hee.. I amik from magazine masa dok rebond rambut hari tu @ saloon) 

Petua Penjagaan Rambut :


Untuk Rambut Berkilat: 

1) lecek setengah biji avocado, campurkan dengan setengah cawan minyak zaitun, lumurkan di rambut, gunakan sikat untuk pastikan coverage menyeluruh, biarkan selama 20-25 minit kemudian basuh dengan air sejuk dan shampoo and condition seperti biasa.

ATAU

2) Shampoo rambut seperti biasa, campurkan 1 cawan jus lemon dengan 1 1/2 cawan air, curahkan ke atas rambut dan bilas dengan air sejuk.

Untuk rambut berkilat dan tidak kering:

1) Campurkan 2 sudu makan madu dengan 1/4 cawan minyak zaitun, lumurkan di rambut , tumpukan perhatian kepada hujung rambut, wrap dengan tuala panas selama 10 minit, bilas dengan air panas (bilas bersih2 sebab melekit sikit)

Hah.. ingat macam nak cuba petua-petua di atas, tapi bila dah jumpa produk Schwarzkopf di atas tu, malas lah pulak nak buat sendiri produk penjagaan rambut @ home.. so kalau u all cuba and it works, jangan lupa leave a comment di bawah :) 



1 comment:

  1. sy baru terjumpa produk ini di cosway semalam..insyaAllah akan beli..mahu cuba utk rambut sy yg kasar & kering ini..semoga ianya berkesan insyaAllah..

    ReplyDelete