Pages

Saturday, October 20, 2012

Resepi Roti Telur @ French Toast Basic

resepi roti telur
My Simple Roti Telur Recipe


Hari Khamis lepas, anak-anak ada excursion ke High 5 Bread Factory, jadi minggu ni kita ada 2 bantal roti yang perlu dimakan. Apa lagi yang boleh kita buat dengan roti ye? Roti telur lah paling senang! I prefer basic french toast resepi for breakfast. Makan gitu je pun sedap kalau nak makan dengan maple syrup and strawberry and blueberries pun ok, makan dengan banana and choc chip pun sedap jugak.

Untuk sarapan pagi ni, kita cuba roti telur with gula kurma + strawberries and blueberries dan kentang goreng rosemary with hot dogs :) 


basic french toast recipe
Basic French Toast Recipe


Resepi Roti Telur @ Basic French Toast:

5 keping roti (dibelah 2)
2 telur sederhana besar
2 sudu makan susu segar
secubit serbuk vanilla (1/16th sudu teh)
secubit garam

Cara-cara membuat roti telur: 

1. Kocok semua bahan-bahan di atas (kecuali roti).
2. Panaskan kali non-stick, tambahkan sedikit mentega (1/2 sudu makan) celupkan roti ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan).
3. Tambahkan sedikit mentega lagi apabila kuali menjadi kering (sedikit sahaja).
4. Hiaskan dengan maple syrup dan buah-buahan.

Tambahan: 

* Jika tidak menggunakan maple syrup dan buah-buahan ,boleh juga tambah 1/2 sudu kecil gula dan sedikit serbuk kayu manis ke dalam bancuhan telur dan roti telur boleh dimakan begitu sahaja.



my resepi french toast
Menu Sarapan Simple : French Toast & Kentang Rosemary With Hot Dogs


Kentang Goreng Rosemary With Hot Dogs:


2 biji kentang sederhana besar - dipotong wedges
sedikit garam
sedikit dried rosemary
sedikit olive oil

microwave semua bahan di atas selama 3 minit atau hingga kentang masak.


4 hot dogs - direbus sehingga empuk. 
kemudian panaskan kuali dengan 1 sudu makan mentega dan gorengkan hot dog sebentar, toskan dan letakkan di pinggan dahulu. 

Dengan menggunakan bekas kuali hot dog tadi, masukkan kentang yang telah di-microwave hingga kentang ke-emasan sedikit, masukkan hot dogs yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap! 





No comments:

Post a Comment