Pages

Tuesday, December 11, 2012

Aktiviti Prasekolah : Bahasa Arab

aktiviti prasekolah
Aktiviti Pra Sekolah : Buku Mewarna Bahasa Arab DIY


Musim hujan dan musim cuti sekolah ini, macam-macam aktiviti prasekolah yang perlu difikirkan supaya anak-anak tidak bosan duduk di rumah. Fokus saya kali ini adalah untuk anak saya yang berumur 32 bulan untuk mengenal huruf alif ba ta dan juga mendedahkan dia kepada beberapa bahasa arab. Memandangkan minatnya sekarang adalah lebih kepada haiwan, oleh itu saya merancang aktivity "pasting" dan "coloring" huruf-huruf hijaiyah dengan haiwan yang namanya bermula dengan huruf alif - ya. 

Aktiviti ini dilakukan secara bertahap kerana tumpuan kanak-kanak agak singkat dan jika disuruh melakukan aktiviti ini dari alif - ya pada satu masa pasti mereka akan rasa bosan. Oleh itu, kali ini saya hanya membenarkan anak saya melakukan aktiviti alif - kha sahaja. 

Anda memerlukan:

Kelengkapan asas




1) kertas "construction" bewarna
2) marker
3) pembaris
4) gam
5) gunting
6) stapler
7) gambar-gambar haiwan


ajar anak membaca
gambar-gambar haiwan yang diperlukan



Bagi gambar-gambar haiwan:

1) buat carian "coloring pages (nama haiwan)" contohnya :  "coloring pages rabbit"
2) "copy" gambar yang dipilih 
3) buka di "paint"
4) "resize" dalam 50% - 70% bergantung kepada saiz yang diinginkan
5) repeat untuk gambar-gambar berikut (saya paste 2-3 gambar pada 1 kertas supaya jimat kertas bila mencetak)

Langkah-langkah buku aktiviti bahasa arab ini:

ajar anak alif ba ta
Huruf alif - kha (saya buat 2 set untuk 2 anak lelaki saya)

geng bahasa arab
Nama-nama haiwan alif - kha


1) tuliskan huruf alif - kha dalam kotak berukuran 2.5 inci x 2.5 inci 
2) tuliskan nama-nama haiwan dalam kotak berukuran 1 inci x 3 inci
3) gunting gambar-gambar haiwan
4) lipat separuh beberapa helai kertas construction saiz A4 (supaya mejadi buku saiz A5) dan staple di tengah, pastikan lembaran cukup untuk huruf-huruf yang akan diajar.
5) biarkan anak anda melekatkan huruf, gambar haiwan dan nama haiwan seperti gambar di permulaan entri ini.
6) akhir sekali, warnakan!

aktiviti pra sekolah
Aktiviti Prasekolah : khusyuk bermain dengan gam

bahasa arab untuk anak
Sekarang mewarna!

Bagi mereka yang memerlukan senarai nama binatang mengikut huruf hijaiyah, berikut adalah senarainya:

Alif - أرنب  (Arnab) - arnab (rabbit)
Ba - بطة  (Batta) - itik (duck)
Ta - تمساح (Timsah) - buaya (crocodile)
Tsa - ثعلب (tsa'lab) - serigala (fox)
Jim - جمل (jamal) - unta (camel)
Ha - حصان (hison) - kuda (horse)
Kha - خروف (kharuuf) - kambing (sheep)
Dal- دب (dubb) - beruang (bear)
Dzal - ذئب (dzi'bun) - serigala (wolf)
Ra - راكون (rakuun) - rakun (racoon)
Zai - زرافة (zirafah) - zirafah (giraffe)
Sin -سنجاب (sinjaab) - tupai (squirrel)
Shin - شبل (shibl) - anak singa (lion cub)
Sod- صقر (Soqr) - helang (hawk)
Dhod - ضفدع (dhifdha') - katak (frog)
Tho - طاووس (thoowuus) - merak (peacock)
Dzo - ظبي (zhobyun) - kijang (deer)
Ain - عنكبوت('ankaboot) - labah-labah (spider)
Ghain- غوريلا (gorila) - gorilla (gorilla)
Fa- فيل (fiil) - gajah (elephant)
Qof - قرد (qird) - monyet (monkey)
Kaf - كلب (kalb) - anjing (dog)
Lam- لبؤة (labu-ah) - singa betina (lioness)
Mim - ماعز (ma'iz) - kambing (goat)
Nun - نمر (namir) - harimau (tiger)
Ha' - هرة (hirrah) - kucing (cat)
Wau - وطواط (Wuthwath) - kelawar (bat)
Ya - يعسوب (ya'suub) - dragonfly

Selamat Mencuba!

Anda juga mungkin meminati:

bahasa arab
Bahasa Arab 1-10

ajar anak
Kad Imbas Ali Ba Ta DIY



No comments:

Post a Comment