Photo source : photos-public-domain.com |
Memandangkan entri saya mengenai Surat Permohonan Kerja / Contoh resume mendapat sambutan yang meggalakkan, saya rasa ada baiknya saya tulis entri mengenai sampel surat perletakan jawatan pula, ye lah kalau nak mohon kerja lain bagi yang sedang bekerja mestilah nak kena tender surat perletakan jawatan bila dah dapat tawaran kerja baru kan?
Tetiba rasa curious nak tahu kalau google "surat perletakan jawatan" apa resultnya? top 5 result memang tak best (erm.. pendapat personal - tolong jangan marah) so.. di sini I bagi sampel surat perletakan jawatan yang sangat sopan santun. Maklumlah you have to end in on a good note, kita tak tahu apa nasib kita, mana tahu next time berbalik ke tempat yang sama atau manager / rakan kerja sekarang ni jadi rakan kerja tempat kerja baru di masa hadapan? Sebaik-baiknya "don't burn the bridge". And also sometimes kita perlukan reference, so kalau kita letak jawatan on a bad note, takkan lah majikan lama nak kasi good reference kan? So, sample resignation letter in english adalah seperti berikut:
Nur Islam
No 2 Jalan Anggerik,
123456 Kuala Lumpur,
Malaysia
31 December 2013
Ms Adelyn Khoo,
Manager,
ABC Networks,
123 Jalan Indah,
#28-01 ABC Towers
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia
Dear Ms Khoo,
RESIGNATION FROM THE POSITION OF ACCOUNTS EXECUTIVE.
I am writing to inform you that I am resigning from my position as Accounts Executive. I will be serving my one month notice and my last day of work will be on 29 January 2014.
I would like to thank you for letting me be part of ABC Networks family. I have learned a lot from the company and I appreciate the time and patience in training me. The experience working with ABC Networks is something that I will always treasure.
Please be assured that I will complete all my projects and ensure a smooth hand over. I am available to provide any assistance required during this period of transition. Thank you for the opportunity given throughout my employment and I wish ABC Networks every success in the future.
Sincerely,
(tandatangan)
Nur Ilham
Ok.. sample perletakan jawatan in bahasa malaysia pulak:
Nur Islam
No 2 Jalan Anggerik,
123456 Kuala Lumpur,
Malaysia
31 December 2013
Ms Adelyn Khoo,
Manager,
ABC Networks,
123 Jalan Indah,
#28-01 ABC Towers
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia
Puan Khoo,
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI EKSEKUTIF PERAKAUN
Saya menulis untuk memberi notis satu bulan perletakan jawatan saya sebagai Eksekutif Perakaunan di ABC Networks. Hari terakhir bertugas saya adalah pada 29 January 2014.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang bekerja dengan keluarga ABC Networks. Banyak pengalaman yang telah saya timba selama perkhidmatan saya dengan ABC Networks. Terima Kasih atas masa yang dilaburkan dalam melatih saya. Pengalaman berkerja dengan ABC Networks amat saya hargai.
Saya akan pastikan setiap projek saya akan siap dan sedia membantu supaya proses peralihan berlaku dengan lancar. Terima Kasih atas peluang yang diberikan sepanjang perkhidmatan saya dan saya doakan kejayaan berterusan bagi ABC Networks.
Yang Ikhlas,
(tandatangan)
Nur Ilham
No comments:
Post a Comment