Pages

Wednesday, January 15, 2014

Makan-makan @ BBQ Chicken - The Curve

bbq chicken
Makan-makan @ The Curve; PJ


Kali pertama I rasa BBQ Chicken ni dah lama dah @ Singapore, tapi masa tu walaupun encik suami suka makan di restaurant ni, saya tak berapa suka sebab eh ayam semata-mata, dah lah I i peminat nasi goreng + tom yam.. ayam goreng je tak ngam lah sangat.. lepas tu anak yang no 1 pulak suka makan mee.. apa nak makan kat BBQ Chicken? 

Baru-baru ni (agak dalam 1-2 tahun lepas) BBQ Chicken di 'revamp" balik oleh management, sekarang dah tukar logo dan juga menu. Dah macam-macam dia offer sekarang, bukan setakat ayam goreng sahaja tetapi juga pasta, pizza dan soup. Ok lah tu! Janji anak dapat makan mee, mak makan ayam sikit-sikit pun ok lah!

First time makan bbq chicken yang baru ni @ Festival City, pastu tak sempat nak buat review dah jadi lama sangat sampai malas nak tulis review. Ni, last month makan lagi sekali @ The Curve. Oklah, sebelum semangat mati, kita tulis entri dulu!


makanan halal korea best di pj
Clam Chowder Soup @ BBQ Chicken - The Curve


Clam chowder soup adalah untuk anak pertama I, tapi disebabkan suami I yang kelaparan, dia yang makan lebih dari anak I :) clam chowder di bbq chicken pun lazat, berkrim dan tidak cair. 


makan-makan the curve pj
Korean BBQ Chicken @ The Curve - PJ


Favorite suami kalau makan @ bbq chicken ni adalah bbq jerk chicken, bila amik set meal dia, tak payahlah nak order satay dia, tak sedap, takde rempah :p amik lah side lain, salad ke, nasi ke, french fries ke.. lagi bagus. Jerk chicken manis dan nasi dia simple je macam nasi goreng sikit-sikit. 

makanan korea halal di kuala lumpur
Korean Rice Balls @ BBQ Chicken - The Curve; PJ

I haritu tak dapat nak order korean rice balls, kali ni mesti ku order! Ok, sedap, lemak, lembut tapi terlebih bijan tu anak i tak suka makan.. 

bbq chicken the curve
Gangjeong Chicken @ BBQ Chicken; The Curve


Kali ni juga ku order Gangjeong Chicken walaupun tak ada set meal. Tapi berbaloi, 6 keping (ada yang banyak isi tapi ada jugak yang banyak tulang) kulit garing,, manis dan pedas (cili padi!) tak boleh share dengan anak.. dia kepedasan.


Yang kali pertama kita makan @ festival city tu kita order untuk anak I bolognaise, dia suka makan bolognaise, walaupun serving dia sangat besar, selera anak ku makan. 

Overall, not bad makan disini, boleh datang lagi bila teringin nak makan ayam.  

No comments:

Post a Comment