Pages

Wednesday, January 15, 2014

Sarapan Hujung Minggu di Sambal Hijau - Sungai Penchala

ikan bakar sungai penchala
Ikan Keli Bakar @ Sambal Hijau - Sungai Penchala

Selama 2 tahun duduk di Sentul, sudah sekian lama juga lah encik suami dan saya tidak menjejak kaki ke Sambal Hijau - Sungai Penchala untuk sarapan / makan tengahari. Selalunya kami ke sana kerana lauk pauknya yang agak banyak dari jam 10 pagi (tapi kalau ikan bakar baik pergi dalam jam 11.30 pagi). Nampaknya banyak perubahan telah berlaku, Sambal Hijau semakin diluaskan untuk memuatkan pelanggan yang semakin ramai. 

Sambal Hijau ni dah semakin famous sehinggakan facade restoran yang tersembunyi dengan pohon bambu pun tidak menjadi masalah, pelanggan setia semua dah tahu mana restoran ni. Parking adalah di bahagian belakang restoran (belok kanan sejurus lepas belok kiri at traffic light depan masjid tu).

ikan bakar kuala lumpur
Ikan Keli dan Ikan Pari Bakar @ Sambal Hijau - Sungai Penchala

Kami pergi hari tu pun sebab ibu mertua ku datang ziarah, jadi mana lagi nak makan dengan ibu mertua, mestilah tempat berlauk-pauk melayu, penuh dengan ulam-ulam dan bermacam jenis sambal. Selera jugak ibu mertuaku makan cuma lupa nak beritahu yang sambal dia pedas-pedas betul so akhirnya kepedasan pulak ibu mertuaku..  

Hari tu cuti umum, punyalah ramai orang.. nasib baik ada tempat. nak snap gambar tempat ambik lauk tu malu lah pulak, dah lah orang ramai beratur nak cedok lauk, nanti kena marah menyibuk pulak.. so.. sorry lah takde gambar restoran. Ada gambar lauk je k?

My breakfast @ Sambal Hijau - Sungai Penchala

Haritu mood nak makan sayur-sayur lebih, tapi restoran ni semua ada, telur asin, sambal tempoyak, fishball, ketam, ayam bakar, ayam masak merah, udang, daging, semua complete!


kedai nasi campur ttdi
Gulai Lemak Daging @ Sambal Hijau - Sungai Penchala

Restoran sambal hijau ni pun ada jual 3 macam kueh yang diletak di atas meja, kuih jongkong(tak tahu orang sini panggil apa ye) apam dan juga tapai. I suka yang kuih jongkong tu, anak i suka apam :)



kueh daun pisang
Kueh ni I panggil kueh jongkong, selalunya dibungkus dalam daun pisang.. ni dah modern dah

Haritu datang, ada lah nampak mat salleh satu (dibawa oleh kawan melayu dia) dan lagi satu table penuh dengan bangsa cina (yang direct dari china tu).. waaah.. yang cina tu dah macam selalu makan je. pinggan sepenuh2nya dengan nasi dan sayur-sayur... mana je dorang dpat tahu pasal Sambal Hijau ni?

Map of Sambal Hijau: (Masuk lalu Jalan Datuk Sulaiman, belok kiri kat traffik light depan masjid lepas tu belok kanan)



View Larger Map

No comments:

Post a Comment