Hmm.. bila tak mood nak memasak, nampak gaya masakan instant dan simple jadi pilihan. Hidangan paling mudah? Pasta dengan sos Prego! Begitu mudah it's "fail-proof". Tapi kalau setakat panaskan sos atas api dan tuangkan terus atas spaghetti, memang tak selera nak makan. Pastikan anda tambah beberapa perencah untuk menambahkan kelazatan spaghetti anda.
Resepi Spaghetti Mudah
1 botol sos Prego Traditional
1 bawang besar
2 sudu makan cili serbuk
1 cawan air
1 cawan air
150gm daging cincang (lembu)
cendawan mengikut rasa
sedikit sos cili dan tomato mengikut rasa
2 keping keju cheddar
1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu
Cara-caranya:
Tumis bawang dan serbuk cili dengan sedikit minyak hingga naik baunya, masukkan cendawan dan daging cincang, kemudian tambahkan sos prego dan 1 cawan air hingga mendidih. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato mengikut rasa ( dalam 3-5 sudu makan setiap satu). Biarkan mendidih sehingga kuah pekat mengikut citarasa anda kemudian masukkan keju hingga larut dan akhir sekali tomato segar sejurus sebelum mematikan api.
Ditambah dengan ayam goreng segera 5 stars dan salad buah. Cukuplah untuk makan malam yang mudah dan cepat. :)
Boleh Cuba Juga:
Fried Udon |
Mee Kuah Recipe |
Pasta Goreng Aglio Olio Lazy Style |
nice
ReplyDeleteThanks, though the picture is unappetising haha :)
Deletex yah letak gula ke?
ReplyDeleteHi Siti,
DeleteKalau u suka sos u manis, boleh lah tambah gula, tapi gula ni selalu kalau u letak cili banyak kan, sebab pedas dan manis, kalau masam tomato ni tak berapa sedap lah kalau manis, pada pendapat i..