Makan-makan di Kuantan @ Sara Thai Restaurant; B42 Jalan Gambut, Kuantan |
Hari kedua di Kuantan, kami sedang mencari tempat untuk makan tengahari, saya cadangkan kepada encik suami kita cuba Sara Thai Restaurant pula.. restaurant ni pun popular juga di Kuantan... encik suami setuju, saya pun google alamat.. rupa-rupanya Sara Thai ada dua cawangan di Kuantan, satu di Jalan Gambut (Kuantan town) lagi satu di Balok.. Sebenarnya Sara Thai Balok yang lagi dekat dengan Swiss Garden Resort tapi.. kita tak tahu ada cawangan Balok jadi tengahari tu kita ke Jalan Gambut..
Sampai di Sara Thai, restorannya luas, bersih dan selesa tapi takde aircon :) Suami pun order:
Sotong Telur Asin @ Sara Thai Restaurant; Kuantan |
Kali pertama makan sotong telur asin.. Ya Allah sedapnya!!! best kan makan seafood kat Kuantan semua fresh, sotong lembut, putih dan manis.. tambah dengan rasa asin telur dan cili yang tak berapa pedas.. memang licin lauk ni anak beranak makan :p
Makan sedap di Kuantan @ Sara Thai Restaurant |
Ayam gajus nam prik untuk anak-anak makan, ayam digoreng dengan sos tiram dan kicap (agaknye) ada rasa manis2 tak rasa pedas.. ok je anak2 makan.. lepas tu ada gajus crunchy.. suami i suka yang ni.. I ok2 je..lagi sedap sotong telur asin haha...
Makan tengahari di Kuantan @ Sara Thai Restaurant |
Telur Bistik untuk anak-anak, tapi I lupa nak tanya isi ayam ke daging.. rupa2nya ayam.. telur gebu, tak berminyak dan sos manis.. ni pun licin gak anak-anak makan :)
Kerabu Mangga @ Sara Thai Restaurant; Kuantan |
Kerabu mangga ni untuk I. tapi suami pun tumpang sekaki.. selalu I order kerabu mangga dia tak kacau.. entah kenapa haritu lapar ke sedap sangat ni? :p Tapi bagi I kerabu mangga dia sedap, pedas tak berapa, masin masam semua cun je :)
Udang Goreng Tepung @ Sara Thai Restaurant; Kuantan |
Last2 suami tambah udang goreng tepung sebab kita order semua portion kecik dan memang portion just nice, cuma haritu anak beranak semua makan selera habis..sedap sangat ke Sara Thai ni sampai pinggan semua licin?? Udang goreng tepung pun best, walaupun udang kecil, tapi fresh sangat, adunan pun berasa tak tawar kemudian disalut lagi dengan serbuk roti.... i like!!
Lepas kenyang makan tengahari, kita round Zawara Kuantan jap, saje je nak tengok.. hmm.. macam tak banyak pilihan je.. keluar balik terus balik hotel dan anak2 main lagi di tepi pantai. Jam 6.45 kita drive ke Kg Cherating Lama untuk firefly tour, otw nampak lah Sara Thai @ Balok.. hmm encik suami pun kata, hah nanti lepas firefly tour kita makan Sara Thai.. I was like "tak jelak ke? Kan tadi tengahari baru makan Sara Thai??"
Kita sampai Kg Cherating Lama dalam 7.45 mlm, register nama, bayar RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2 (total RM80 bagi kami) dan dengar taklimat..beria-ia I bawak kamera tapi tak boleh snap gambar masa tour jadi simpan balik je lah dalam but kereta :p
Best firefly tour ni, highly recommended when you are in Kuantan, the experience of being in the middle of the river at night with the stars over your head and the fireflies coming to you, one landed on my son's head and I caught one in my palm for a short while.. Masya Allah.. an experience that is just too beautiful.. cuma tak recommended untuk budak bawah umur 4 tahun lah, mesti budak tu tak boleh duduk diam kan.. lama jugak dalam kegelapan dengan bau minyak enjin bot, kalau budak tu asyik nak gerak2 takut bot pulak tak stable.. so, I recommend untuk 4 years and above, best! Ni link tour operator tu... http://hafizcheratingactivities.blogspot.com/
Best firefly tour ni, highly recommended when you are in Kuantan, the experience of being in the middle of the river at night with the stars over your head and the fireflies coming to you, one landed on my son's head and I caught one in my palm for a short while.. Masya Allah.. an experience that is just too beautiful.. cuma tak recommended untuk budak bawah umur 4 tahun lah, mesti budak tu tak boleh duduk diam kan.. lama jugak dalam kegelapan dengan bau minyak enjin bot, kalau budak tu asyik nak gerak2 takut bot pulak tak stable.. so, I recommend untuk 4 years and above, best! Ni link tour operator tu... http://hafizcheratingactivities.blogspot.com/
Habis tour, kita balik ke Balok untuk makan malam di Sara Thai.. anak2 dah penjam mata dah.. so mak bapak je yang makan..paksa jugak budak2 tu makan sikit.. 6-7 suap dah pejam mata balik haha..
Deco di Sara Thai Balok cantik lagi dari Sara Thai Jalan Gambut..
Sara Thai; Balok - entrance |
Ini kali kita order:
Udang Telur Asin @ Sara Thai; Balok |
Sebab asyik terkenangkan sotong telur asin tengahari tadi, husband I order lah pulak udang telur asin. tapi.. entah ye adakah disebabkan sotong lagi sedap atau memang tukang masak kat Balok ni tak se-skill tukang masak di Jalan Gambut? so.. udang telur asin ni tak mendapat approval..
Ayam Pad Kaprow @ Sara Thai; Balok |
Ayam Pad Kaprow.. ayam daun selasih.. hmm... ok2 jelah ada rasa macam pahit sikit.. banyak sangat daun selasih agaknye..
Tom Yum Campur @ Sara Thai Restaurant; Balok |
Mummy terasa nak makan tom yum, since anak2 dah tidur, boleh lah maknya yang hirup tom yum.. hai.. tapi lagi sekali.. tom yum disappointing :(
Telur Dadar @ Sara Thai Restaurant; Balok |
Telur dadar ni ok..
All in all, encik suami sangat kecewa dengan Sara Thai di Balok.. selepas makan sampai menjilat jari di Sara Thai Jalan Gambut.. dia balik hotel dengan kecewa malam tu hahaha...
Anda juga mungkin meminati:
Ana Ikan Bakar Petai |
PD Ostrich Farm |
No comments:
Post a Comment