Wednesday, October 29, 2014

Ana Ikan Bakar Petai & Swiss Garden Resort - Kuantan

Lepas berkelah di Teluk Kemang, Port Dickson cuti Deepavali yang lepas, anak-anak asyik minta main laut.. memandangkan Deepavali ni long weekend, kita layankan bawa mereka jalan-jalan kuantan pulak.. Bila tengok-tengok hotel, encik suami ter'google" hotels in Kuantan bukan hotels in Cherating haha.. jadinya..Swiss Garden Resort menjadi pilihan. Hotel-hotel di Kuantan ni, expectations tak boleh tinggi sangat melainkan u kaya giler dan duduk di Club Med haha! Jadi, sebelum pergi kita dah duk psycho diri sendiri dan budak2 "don't expect too much from the hotel, we are there to play at the beach only yeah?" 

holiday di kuantan
Cuti-cuti Kuantan @ Swiss Garden Resort

Jalan-jalan Kuantan @ Swiss Garden Beach Resort Kuantan



The good thing about Swiss Garden Resort ni, bilik baru dinaik taraf so.. oklah bilik very cozy, pool pun ok cukup bersih, cuma ramai orang dan tak cukup deck chairs. Budak-budak memang enjoy main di tepi laut, Mikail siap kumpul2 seashells and they were so excited nampak ketam hihi.. best tengok anak-anak happy kan? Teringat zaman I kecik2, abah suka bawak kita adik beradik jalan2 bila dia off day (abah kerja syif, so kalau dia off sometimes mak kerja) nenek dan datuk pun suka bawak anak2 dan cucu2 ke tepi pantai naik van di hujung minggu :) memori :) sekarang tengok anak2 main laut, teringat mak abah, datuk dan nenek :"(


kuantan holidays
Budak happy main pasir @ Swiss Garden Resort Kuantan

The bad thing about Swiss Garden resort ni, makanan dia tak best! Makan luar je lah ye.. soundproofing pun tak bagus, dalam bilik boleh dengar orang jalan2 di aisle dan malam2 dengar baby nangis kat bilik lain, saboor je lah.. its a resort aimed for families anyways, kita mestilah understanding kan? It's not a resort for a romantic getaway yeah :p

Biasalah kita kalau jalan-jalan mestilah nak google "makan best di..." or "ikan bakar best di..." so hasil googling "ikan bakar best di kuantan" nampak gaya yang sungguh famous "Ana Ikan Bakar, "Super Top Ikan Bakar" ada jugak terselit2 "Mail Ikan Bakar" dan satu lagi i terbaca kat blog orang Ketam Masak Telur Asin @ "Marina Seafood Restaurant"...Hmmm.. mana satu pilihan hati? 

ikan bakar best tanjung lumpur
Ana Ikan Bakar Petai @ Tanjung Lumpur; Kuantan


Encik suami kata Ana Ikan Bakar je lah, cari kat googlemaps ada Ana Ikan Bakar Petai @ Perkampungan Peramu, jadi kita ikut googlemaps je, ingatkan kecik tempat dia rupanya besar, luar tepi jalan ada, masuk dalam sikit tempat parking, ada lagi tempat besar siap dengan playground untuk kanak2.surau pun bersih (bilik air tak tahu ler, tak check)

Kita datang dalam maghrib gitu (maklumlah boleh jama') belum ramai sangat orang, waiter datang ambil order untuk air dan goreng2, yang seafood dan ikan bakar semua order dekat seafood counter.

Kita order :

Garoupa bakar @ Ana Ikan Bakar Petai; Tanjung Lumpur

Memandangkan yang famous kat Ana Ikan Bakar ni adalah ikan bakar, kita wajiblah cuba kan? Tapi sedihnya, saya dan suami tak berapa suka ikan bakar yang salut daun pisang, kita suka yang bakar terus tu.. yang garing, rasa grill, baru oomph..so, walaupun ikan fresh, isi putih dan manis, encik suami dan i macam ok2 je lah dengan ikan bakar ni..

ana ikan bakar teluk cempedak
Sotong goreng tepung @ Ana Ikan Bakar

Yang ni sotong goreng tepung, ingat nak order udang, tapi udang dah habis, ketam pulak kalau order leceh nak makan dengan budak2, lagi2 masa tu budak2 ngantuk sebab syiok main laut, so sotong je lah.. garing, sotong lembut dan fresh, sedap!


tanjung lumpur kuantan
Ana Ikan Bakar Petai @ Tanjung Lumpur; Kuantan

Untuk budak2 kita order telur dadar dan kailan (masak apa tak ingat) pun licin budak2 (dan mak bapak budak) kerjakan..

ikan bakar kuantan
Tomyam campur @Ana Ikan Bakar Petai; Tanjung Lumpur 


Tom Yam memang kita orang mintak tak pedas, jadi budak2 boleh makan, walaupun tak pedas, tapi tom yam tetap berasa, yummy!


Air @ Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur

Yang tak best, air.. cair kot.. yang makanan semua ok..

Famous habis tempat ni, bila keluar tepi jalan, lalu Mail Ikan Bakar, nampak lagi satu Ana Ikan Bakar Petai depan dia.. waaah.. sampai tiga tempat semua penuh! Kedai2 lain tak de orang pulak, kesian.. verdict makan kat sini? Servis cepat (except for ikan bakar tu lambat sikit sampai lauk lain semua dah habis) makanan boleh tahan tapi takdelah sampai buat kita termimpi2.. nak makan lagi sini tak? Hmm.. encik suami tak nak, dia kata next time cuba tempat lain.. tempat ni ok2 jer..


Map of Ana Ikan Bakar: