Semenjak anak mula sekolah dan bawa bekal ni, pening kepala nak masak apa.. dah lah anak I ni cerewet makan, nak bekal kan yang simple2 macam scrambled eggs ke, chicken mayo sandwich ke semua dia tak nak.. asyik nak roti sapu jam, spaghetti, nuggets and hot dog.
Buat masa ni jadual bekal dia macam ni:
Isnin : Roti sapu jam (snek) Spaghetti meatballs (lunch)
Selasa: Roti sapu jam (Snek) nuggets + cheese (lunch)
Rabu: Roti + bacon + cheese lepas tu goreng salut telur (snek) hot dogs (lunch)
Khamis: Home made pepperoni mini pizzas (snek) aglio olio with chicken patties (lunch)
Jumaat: Spaghetti meatballs (snek) Jumaat tiada lunch.
I need more ideas!!! sungguh macam tak sihat menu tu tapi tu je lah yang dia nak makan, yang lain2 I bagaikan mac and cheese or angel hair carbonara with bacon dia tak makan, mungkin sebab mac and cheese and carbonara bila time lunch dah tak panas jadi rasa macam muak. Also I cuba kasi scrambled eggs sandwiches, itupun dia reject!! Nasi goreng cina and even macaroni soup yang kita kena bangun pagi2 masak pun buat penat jer,. balik tengok dalam tupperware dia makan 3-4 suap jer.. sigh..
Hari ni first time I try mini chicken patty, selalunya bila kes malas memang I buatkan anak I meatball yang simple (daging cincang + bawang kecil + lada hitam + cheese (jgn banyak sangat nanti lembik) + garam + sedikit tepung, kepal-kepal goreng dengan butter sikit atas pan) lepas tu I buat sos spaghetti dan masukkan meatball tu sekali, so far selalu habis kalau bekalkan dia spaghetti and meatball, even though sos tu I buat sendiri tak pakai prego (Sebab baru tahu prego gula dia banyak, sungguh tak sihat) sos spaghetti I simple je, kalau mak dia makan tak tertelan tekak melayu, tapi anak I ok jer.. (bawang, tomato 1 biji, 2 sdm tomato puree, chicken stock buat sendiri sikit untuk perisa, italian herbs sikit, garam, gula)
Hari ni tak ada idea nak masak apa since carbonara dan mac and cheese kena reject last week, so I thought takpelah kita try aglio olio, tengok macam mana.. then ada ayam filet sikit, I thought kita cuba buat macam yang meatball tu, tapi lebih simple macam patty style je tak nak letak cheese.. Belum tahu lagi menu ni diterima atau direject haha tapi mak dia makan macam ok, rasa macam a very simple chicken patty / kebab, tak banyak rempah sebab untuk budak2 makan. Kalau resepi ni accepted, I rasa hari jumaat boleh tukar menu jadi mini chicken burger untuk snack dia hahahaha..
OK ni dia gambar mini chicken patties ni:
Menu lunch kanak-kanak : mini chicken patties |
Resepi (agak2 lah ye, I buat sikit je jadi lah dalam 6 ketul kecik):
1. 2 keping filet ayam (tak tahulah berapa gram, filet yang selalu jual kat pasar raya tu.. amik 2 keping cincang halus-halus, mesti halus tau, kalau tak halus tak jadi patty nanti)
2. sedikit lada putih
3. sedikit jintan putih
4. sedikit garam
5. 1 sdm tepung jagung (yg meatball tu I selalu pakai tepung gandum je, yang ni pakai tepung jagung sebab tepung gandum dah habis, tak tahulah ada beza ke tak)
Kepal-kepalkan jadi macam bentuk mini burger gitu pastu panaskan sedikit butter atas pan (jangan banyak nanti patty berminyak) kemudian masak sampai agak2 garing sikit tepi2 patty tu..
Siap!
Ya Allah.. mintak2 chicken patty ni dia accept.. senang sikit hidup I!!! Susahnya ada anak cerewet makan!!
Tambahan: Mikail dah balik sekolah aaaanddddd... aglio olio dia terima, chicken patties dia complain keras (kes malas nak kunyah kalau boleh semua benda dia nak telan je) so..nampak gaya tetap kena tambah sedikit keju parut, tepung guna tepung gandum maybe jadikan 2 sudu makan....hmmm...
No comments:
Post a Comment