My Simple Makaroni Bakar Dengan Sos Beschamel Resepi |
Haritu teringin nak makan makaroni bakar dengan sos beschamel, rindu Mesir lah konon.. jadi google2 resepi sos beschamel dan gorenglah makaroni ikut suka pastu letak makaroni atas loyang tabur sos tabur keju dan bakar dalam oven.. Best jugak menjadi sos dia :) So, I'm keeping this recipe for my reference.
Makaroni goreng ikut suka, kalau I, I buat macam di bawah ni:
1. Makaroni dalam 1 1/2 cawan - rebus dengan air + garam + minyak sayuran sikit, bila dah empuk, tos dan ketepikan.
2. 200gm daging cincang
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar
garam
sedikit lada hitam
sedikit "italian herbs"
Gaul daging cincang dengan rempah-rempah di atas dan ketepikan.
3. sedikit mentega untuk menumis
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 biji bawang besar - kisar
1 biji tomato - didadu
sedikit lobak merah - didadu halus
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
sedikit gula dan garam
Cara-cara menggoreng makaroni:
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega untuk menumis, masukkan bawang putih, bawang besar.
2. Tambahkan lobak merah, tomato, daging cincang, sos tomato dan sos cili.
3. Masukkan gula dan garam dan gaulkan makaroni.
Bahan-bahan sos beschamel:
4 sudu makan mentega,
2 sudu makan tepung gandum
500 ml susu segar
1 biji telur
garam
Di atas adalah resepi yang saya buat sebab saya tak masak banyak, cukup untuk makan 2-3 orang je.. Kalau resepi asal :
6 sudu makan mentega
6 sudu makan tepung gandum
8 cawan susu segar
2 telur
garam
serbuk lada hitam
Cara-cara buat sos beschamel:
1. Cairkan mentega di atas api yang sederhana, masukkan tepung gandum dan pukul (whisk in) campuran tepung dan mentega, teruskan pukul selama 2 minit.
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit, teruskan memukul / mengacau (whisking / stirring) supaya ia tidak berketul hingga mendidih dan pekat (jangan didih lama-lama, susu didih terus matikan api)
3. Alihkan pan dari atas dapur (sebab dapur masih panas walau api dah dimatikan) dan masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit sambil memukul sos dengan pantas (whisk fast while adding in the beaten eggs)
4. Tambahkan lada hitam dan garam ikut rasa. I tak guna lada hitam sebab nanti anak-anak tak tahan.
Cara-cara membakar makaroni:
1. Panaskan ketuhar dalam 175C, masukkan makaroni goreng dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, tuangkan sos beschamel di atas makaroni dan taburkan keju parut diatas sos beschamel (saya guna edam cheese)
2. Bakar hingga cheese bertukar warna keemasan.
No comments:
Post a Comment