Pages

Sunday, September 18, 2011

Buku Cerita Kanak-Kanak Bahasa Melayu " Apa Yang Bergerak"

Buku Cerita Kanak-Kanak


Bahasa Melayu.. hmm.. boleh ke anak ku bertutur dalam Bahasa Melayu? Jangan nanti bila dewasa menjadi Orang Melayu yang tergagap-gagap bertutur dalam Bahasa Melayu atau tergaru-garu kepala memikirkan ayat apa yang harus dipena untuk karangan :p

Oleh itu bermulah projek "Mari Membaca Buku Melayu!" haha.. memang susah nak cari buku cerita melayu yang menarik dan cantik ilustrasinya serta sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah. 

Namun, terjumpa jugak dengan buku cerita "Apa Yang Bergerak?" karangan Alia Nina yang cukup pendek dan sesuai disertai oleh ilustrasi Emilia Yusof (yang memang saya minat) :) 




Aaaah.. dari buku inilah Mikail belajar perkataan "Ulat Bulu!" walaupun pelat-pelat disebutnya.. tapi bolehlah untuk permulaan.. :) Cukup gembira apabila Mikail tiba-tiba berkata "Mummy, Unat Bunu is a Caterpillar" dalam perjalanan kami ke pusat membeli belah. 




 Buku ini diterbitkan oleh PTS Professional dan dijual pada harga RM16.00 di MPH (tiada MPH di Singapura *sedih*) Namun saiz buku berukuran A3 menyebabkannya agak susah dibawa ke mana-mana dan susah diletakkan di rak-rak buku. 


Anda mungkin berminat dengan:

aktiviti mengenal bentuk prasekolah
Mengenal Bentuk - Pra sekolah
aktiviti prasekolah tema burung hantu
Aktiviti Kraf Burung Hantu
kraftangan kanak-kanak
Aktiviti Kraf Topeng Gajah



No comments:

Post a Comment