Wednesday, August 15, 2012

Aktiviti Prasekolah: Burung Hantu

Hari keenam, anak-anak duduk di rumah. Kali ni nak buat burung hantu pulak :) tengok macam senang je..

aktiviti prasekolah tema burung hantu
Aktiviti Prasekolah: Burung Hantu!


Barang-barang yang diperlukan:

aktiviti kanak-kanak



1) 3 keping paper plate
2) mata "googly" atau buat sendiri guna kertas hitam putih dan hitam
3) kertas warna kuning
4) gam
5) stapler
6) watercolor

Cara-cara membuat kraf burung hantu:



1) Lipat 1/3 paper plate (bahagian bawah memandang ke hadapan) dan guntingkan seperti di dalam gambar. Ini akan menjadi bahagian kepala burung hantu.




2) Lukiskan bentuk separuh bulatan dengan bentuk segi empat di bahagian tengah (atas), gulung seperti gambar diatas dan staple. Ini adalah hidung burung hantu.



3) Lukiskan kaki burung hantu dan gunting.
4) Ambil lagi satu paper plate dan gunting separuh. Ini akan menjadi kepak burung hantu.



5) Lekatkan mata dan hidung kemudian "staple"kan bahagian kepala ke paper plate satu lagi.
6) Lekatkan kepak burung hantu menggunakan gam.



7) Tunggu kering dan warnakan menggunakan water color.

Siap!




No comments:

Post a Comment