Monday, August 13, 2012

HFMD: Pengalaman Menjaga Anak-anak Terkena Jangkitan Virus HFMD

HFMD adalah jangkitan virus disebabkan oleh keluarga Enterovirus dan selalunya disebabkan oleh Coxsackie Virus A16. Saya rasa anak saya terkena virus Coxsackie ni lah, jadi jangkitan HFMD mereka tidak terlalu teruk dan Alhamdulillah ruam / bintik-bintik merah dan ulcers di mulut pun tak banyak berbandingkan gambar-gambar yang ada kawan-kawan post di FB bila anak-anak mereka terkena HFMD.

Anak saya pada mulanya tak demam, hanya keluar bintik merah (dalam 5) di tapak tangan kanan dan ruam di bahagian lampin pada pagi pertama, memandangkan saya ni takde pengalaman, saya sapu je Drapolene di ruam lampin tu dan bagitahu cikgu dia pasal bintik-bintik merah, manalah tahu dia boleh tolong konfimkan tu HFMD ke bukan, cikgu pulak kata tengok lah 1 - 2 hari ni ada ulcer atau demam, jadi mummy pun dengan innocentnya tinggalkan anaknya di sekolah.

Pulang dari sekolah haritu, tapak tangan kiri keluar dua bintik, tapak kaki kanan 1 bintik, tapak kaki kiri 3 bintik, tapi ruam yang di bahagian lampin tu dah mula kering.. demam takde, ulcer takde, anak pun aktif je..mummy pun tak tahu apa sebab bintik2 ni? Tapi malam tu, anak saya batuk-batuk bunyi macam kahak je tgh2 malam, sampai muntah kahak dua kali.. besok bangun lemah longlai.. lain macam je.. mummy pun hantarlah abang ke sekolah dan bawak adik jumpa doktor. 

Jumpa je doktor, konfim doktor kata HFMD (alamak rasa bersalah dah 2 hari hantar anak g sekolah, buatnya budak2 lain jangkit salah kita lah pulak), Abang tak boleh pergi sekolah selagi adik belum baik, dan mummy pun kena jaga2 orang dewasa pun boleh kena jangkitan HFMD.. Memandangkan jangkitan virus HFMD ni selalunya mengambil masa 7-10 hari untuk baik, anak-anak pun diberikan cuti dari sekolah selama 1 minggu.. hait...pening kepala mummy sekejap.. macam mana nak cope dengan 2 budak ni seminggu tak boleh gi mana2? Mesti budak-budak ni bosan dok rumah.. 

Balik je rumah teruslah google pasal HFMD, berdasarkan apa yang doktor bagitahu dan website2 lain, dptlah I simpulkan beberapa fakta penting tentang HFMD:

1 - Tempoh pengeraman virus (iaitu daripada terkena jangkitan hingga keluarlah tanda-tanda HFMD) adalah antara 3 - 7 hari. Jadi kalau anak terkena jangkitan hari Isnin, tanda-tanda akan keluar paling cepat hari Rabu, paling lambat hari Ahad. 

2 - Tempoh virus, selalunya 7-10 hari, namun ada budak yang mengambil lebih masa untuk pulih. 

3 - Virus HFMD selalunya dijangkiti oleh kanak-kanak, namum orang dewasa juga boleh terkena jangkitan. Dan yang paling membimbangkan adalah adakalanya orang dewasa itu dijangkiti virus HFMD tetapi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Jadi jika anda terdedah dengan virus HFMD samada di tempat kerja atau di rumah, sila ambil langkah berjaga-jaga dan amalkan kebersihan, seperti membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas, menutup mulut apabila batuk atau bersin, menggunakan face mask jika selsema / batuk, membasuh tangan selepas menghembus hingus di tisu sebelum memegang "common surfaces" yang dikongsi dengan rakan kerja lain, contohnya microwave dan coffee maker di pantry. 

4- Virus HFMD merebak melalui sentuhan langsung dengan kahak, hingus, air liur dan juga najis yang telah dicemari virus tersebut. Ia juga boleh berpindah daripada seseorang yang telah menyentuh salah satu perkara yang diatas ke permukaan lain yang disentuh oleh orang tersebut. Virus HFMD ini boleh bertahan di permukaan persekitaran buat jangka masa yang panjang, oleh itu kita harus bersikap bertanggung jawab dan  tidak membawa anak-anak keluar dari rumah dalam tempoh berjangkit mereka dan juga membersihkan persekitaran rumah dan mainan anak-anak kita dengan menggunakan bahan penyahjangkit (disinfectant) apabila mereka telah sembuuh.

5- Antara tanda-tanda HFMD adalah:
demam (selalunya rendah dan bukan demam panas),
pening,
muntah-muntah,
penat / lemah,
sakit tekak,
ulcer  / lepuh yang bisa di mulut, hidung, bibir / bahagian muka,
rash / lepuh di tapak tangan / tapak kaki / bahagian bibir (selalunya tidak gatal bagi kanak-kanak tapi mungkin gatal bagi sesetengah orang dewasa),
ruam di bahagian punggung kanak2
ruam di bahagian kulit yang berlipat seperti belakang lutut, belakang siku dsbnya
ketidakselesaan
tiada nafsu makan
sakit perut

mereka yang terkena jangkitan HFMD tidak semestinya menunjukkan semua tanda-tanda di atas.

6 - Berdasarkan anak-anak saya, hari ketiga da ke-empat jangkitan HFMD ini adalah hari yang paling menyakitkan. Dan perhatian lebih harus ditumpukan kepada anak-anak supaya mereka rehat secukupnya, dan kesakitan / ketidakselesaan mereka diatasi dengan obat (paracetamol selalunya), harus juga memerhatikan pengambilan air mereka supaya mereka tidak kurang hidrat (dehydration).

7 - Selera makan anak-anak (dan suami yg juga terkena HFMD) nampak macam ok je.. kecuali pada hari ke-3 (anak no 2) dan ke-4 (anak no 1). I kasi makanan yang lembut untuk anak-anak i, macam bubur, soup, mee suah dan beri mereka minum air sejuk bila mereka mengadu ulcer sakit semasa makan. Sebelum makan tu, kasi paracetamol dulu (tapi jangan kasi bila perut mereka kosong terus nanti sakit perut), then spray ulcers dengan Aloclair spray yang diberikan doktor untuk mengurangkan sakit. Hari ke-4, anak yang no 1 tu asyik ngadu mulut sakit, walaupun dah kasi paracetamol dan spray pun dah berkali-kali jadi apa yang I buat, I amik syringe dan berikan anak air masak sejuk dengan menggunakan syringe setiap kali dia ngadu sakit.

8 - Doktor nasihatkan beri Ice-cream, yoghurt dan susu sejuk untuk mengurangkan ketidakselesaan anak-anak, tapi I tak bagi ice-cream, cos ulcers anak-anak tak banyak sangat, (maybe 3 besar, 4 bintik2 kecik) dan I tak nak lah pulak anak-anak I hyper terlebih gulakan, so I lebih banyak bagi yoghurt dan susu sejuk (pediasure) je.

9 - Walaupun kuarantin di rumah adalah dalam 7-10 hari, budak-budak ni 2 hari je lemah lesu, yang lain-lain hari tu macam tak sakit, hari yang ke-5 dah merayu2 nak keluar, jadi kita kenalah bersiap sedia dengan aktiviti-aktiviti menarik kat rumah untuk entertain mereka.  Baru-baru dapat tahu anak-anak kena HFMD, I terus keluar pergi popular beli barang2 kraf untuk isi masa bosan mereka nanti. Sebelum tu, cari lah dulu pre-school craft activities" di Internet untuk mempunyai gambaran benda2 apa yang u akan perlukan.

Hmm.. tu je lah info yang I boleh share buat masa ni.. itu pun macam dah panjang lebar je.. nanti ada free time, blh update psl kraf yang I buat dengan my kids and pengalaman memmbersihkan rumah selepas HFMD yang amat memenatkan. 


Anda mungkin meminati:

aktiviti prasekolah tema burung hantu
Atasi Bosan Dengan Kraf Burung Hantu

No comments:

Post a Comment