Tuesday, August 14, 2012

Aktiviti Kraf Prasekolah: Topeng Gajah

kraftangan kanak-kanak
Aktiviti kanak-kanak yang boeh dlakukan di rumah : Topeng Gajah


Ini adalah aktiviti kraf hari pertama anak-anak kena kuarantin di rumah akibat HFMD.. memandangkan anak saya yang no 2 tu minat sangat gajah.. kita pun mula dengan topeng gajah, idea asal adalah untuk menggunakan tali elastik yang kemudian di-staple ke paper plate supaya senang ntuk anak-anak memakainya, tapi saya tak jumpa tali elastik, jadi guna ice cream stick bewarna jer, cuma masalahnya tak dpt paper plate di pasaraya, yang ada cuma styrofoam plate, tidak dinasihatkan untuk menggunakan styrofoam plate jika anda inginkan topeng yang kemas kerana styrofoam plate memerlukan warna yang banyak dan gam tidak dapat melekat dengan baik sehingga saya terpaksa menggunakan masking tape untuk melekatkan ice cream stick kepada topeng. Warna juga boleh luntur jika menggunakan styrofoam plate apabila tangan anda basah ketika memegang topeng. 

aktiviti pra-sekolah
Antara alat-alat yang saya gunakan, missing in picture are: glitter glue, masking tape and scissors



Alat-alat yang diperlukan:

1) kertas construction bewarna kelabu dan merah
2) pinggan kertas
3) glitter (takde dlm gambar)
4) warna kelabu
5) ice cream stick
6) marker hitam
7) gam
8) pen knife
9) gunting


aktiviti pra-sekolah
anak-anak saya memang suka aktiviti yang menggunakan tangan, lagi2 kalau menggunakan gam



Cara-cara membuat kraf topeng gajah:

1) Dengan menggunakan pen knife, ukirkan mata dan mulut di pinggan kertas.
2) Warnakan pinggan kertas dengan warna kelabu dan biar kering.
3) Lukis dan gunting dua telinga gajah dan belalai menggunakan kertas kelabu dan "outline" kan dengan marker hitam.
4) Lukis dan gunting bentuk tiga segi kecil menggunakan kertas merah, outline kan dengan marker hitam dan taburkan glitter di atas nya dan keringkan.
5) Lekatkan, bentuk segi tiga, telinga dan belalai gajah di topeng yang telah kering. 
6) Buat lobang kecil di kedua belah tepi topeng dan ikatkan tali elastik mengikut ukuran kepala kanak-kanak atau jika mengunakan ice cream stick lekatkan ice cream stick di bahagian bawah mulut topeng gajah dengan menggunakan gam atau masking tape. 



No comments:

Post a Comment