Mengajar anak mengaji menjadi tanggung jawab ibu bapa namun kadangkala agak payah nak ajar anak mengaji kalau mereka tak minat. Mengajar anak mengaji bermula dengan mengenalkan mereka dengan alif ba ta. Sekarang ni sudah banyak video-video di you tube dan cd lagu-lagu alif ba ta / iqra' di pasaran, cuma saya kurang suka menggunakan video-video atau lagu-lagu ini kerana pengenalan huruf satu persatu kurang ditekankan. Tidak kesampaian maksudnya jika anak kita menghafal lancar lagu iqra' namun tidak mengenal yang mana satu alif, ba, ta dan sebagainya.
Apa yang saya buat adalah mudah sahaja, saya pergi ke kedai buku Popular dan membeli:
1) kad warna-warni dalam saiz dan ketebalan bersesuaian untuk dijadikan kad imbas
2) marker hitam
3) glitter glue
Di rumah, saya melukis outline huruf alif ba ta / huruf hijaiyah dengan marker dan kemudian isikan glitter glue di dalam outline huruf, biar kering semalaman dan dah boleh guna kad imbas alif ba ta DIY!
Saya tak ajar anak kesemua huruf sekali gus tetapi memecahkan huruf-huruf alif ba ta ini kepada 3 kumpulan seperti di dalam gambar-gambar di bawah. Setiap huruf dikenalkan nama serta diajar anak untuk "trace" bentuk huruf tersebut ala-ala kaedah montessori. Glitter glue yang digunakan akan memberi "sensory" effect kepada anak sekaligus mengukuhkan bentuk huruf hijaiyah itu di dalam otak anak.
Belajar Alif Ba Ta - Kumpulan Pertama Huruf Alif - Zai |
Setiap kali mengenalkan anak kepada satu kumpulan huruf, pengenalan huruf ditekankan lagi dengan bermain "memory game" dengan meletakkan kad imbas memandang ke bawah ( 4 kad maksima pada satu masa) dan meminta anak mencarikan huruf "alif" contohnya. Setiap kad yang berjaya ditemui disimpan oleh saya (kini tinggal 3 kad sahaja) dan permainan diteruskan dengan mencari huruf berikutnya.
Belajar Alif Ba Ta : Kumpulan Kedua Huruf Sin - Kaf |
Saya mengajar anak-anak saya menggunakan kad imbas alif ba ta ini, paling lama 30 minit sahaja supaya mereka tidak bosan. Jika rajin boleh juga membuat kad imbas beserta tanda untuk mengenalkan mereka kepada bunyi huruf sebagai tahap kedua. (Ermm.. tapi saya tak sampai dah tahap ni.. kerajinan tu tak datang lagi :p )
Belajar Alif Ba Ta : Kumpulan Huruf Ketiga Lam - Zai |
Segala komen dipersilakan :)
Anda juga mungkin meminati:
Anda juga mungkin meminati:
Lagu Kanak-kanak: 1-10 Bahasa Arab |
Aktiviti Prasekolah: Bahasa Arab |
No comments:
Post a Comment