For english click here.
Pasta Carbonara memang sangat enak dimakan, anak-anakku amat menggemarinya kerana rasanya yang sungguh lemak. Setiap minggu pasti akan ku sediakan samada spaghetti bolognese atau pasta carbonara untuk wira-wira kecilku, paling tidak 2 kali seminggu :)
Pasta Carbonara memang sangat enak dimakan, anak-anakku amat menggemarinya kerana rasanya yang sungguh lemak. Setiap minggu pasti akan ku sediakan samada spaghetti bolognese atau pasta carbonara untuk wira-wira kecilku, paling tidak 2 kali seminggu :)
Antara Pasta Carbonara kegemaranku yang dijual di restoran adalah Creamy Carbonara di Paddington House of Pancakes, yummy,, sungguh menjilat jari, sekali makan pasti tak cukup untuk ibu dan anak.
Hmm.. sempena hari cuti ini, malas sungguh nak keluar untuk sarapan, ku sediakan pasta carbonara yang amat mudah ini untuk anak-anakku.
Resepi Pasta Carbonara ini amatlah mudah kerana aku hanya menggunakan pasta sauce yang dibeli di supermarket, selalunya aku beli samada Prego's Cheese and Herbs ataupun Dolmio Mushroom and Herbs, mungkin anda ada pasta sauce kegemaran sendiri? Tiada masalah kalau anda menggunakan pasta sauce jenis putih dan creamy yang lain ye..
Berikut adalah ramuan-ramuan bagi Pasta Carbonara:
1 botol Carbonara Sauce kegemaran anda
1 peket (100gm) streaky bacon
3 telur sederhana besar
2 keping keju cheddar
cendawan segar mengikut citarasa
1/2 cawan air
pasta jenis kegemaran anda
Cara memasak Pasta Carbonara:
1) Rebus pasta dengan sedikit minyak, masak secubit garam dan sedikit serbuk herba italian
2) Di kuali yang berasingan, rebus 3 biji telur tadi separuh masak
3) Hiris streaky bacon mengikut saiz yang diinginkan (dalam 1 cm lebar?) dan goreng hingga garing dalam minyak atau mentega yang sedikit.
4) Masukkan cendawan segar ke dalam kuali streaky bacon tadi dan masukkan sos carbonara bersama air dan biar mendidih.
5) Masukkan keju dan kacau hingga larut.
6) Akhir sekali masukkan telur separuh masak.
Tuangkan sos carbonara di atas pasta anda dan hidangkan semasa panas. Nikmati hidangan anda!
Pasta Carbonara - hasilnya |
Anda mungkin meminati:
Resepi Spaghetti Prego |
Ayam Goreng Berempah |
Jus Avocado |
Salam kak. Mohon check ye. Setahu saya bacon ialah dgg babi. Mohon akak check daging yg akak beli tu ye. Tq.
ReplyDeleteDear LaLaLoLa,
Deletebacon di US selalunya merujuk kepada daging babi, tetapi jika di negeri yang masyarakat majoriti adalah beragama yahudi atau islam, bacon juga merujuk kepada daging ayam atau lembu yang telah dihiris halus, dikeringkan dan diasinkan. Streaky Bacon yang saya beli adalah beef bacon sepert yang di dalam gambar berjenama Gourmessa dan mempunyai logo halal jakim. Produk Gourmessa adalah produk tempatan kalau tak silap I from Gemas. Thank you for your comment :) Hope this clarifies everything.
Regards,
Nur