Tuesday, July 8, 2014

Resepi Kroket Kentang & Daging

kentang recipes
Idea berbuka puasa: Kroket Kentang & Daging


Minggu lepas saya berbuka puasa di rumah mak, kemudian esoknya mak tanya nak masak apa untuk berbuka? Sambil belek-belek majalah nampak resepi kroket kentang klasik, saya pun cadangkan kepada mak saya "Apa kata mak cuba resepi ni? Nampak macam selera, budak-budak pun boleh makan" Mak pun ok jer.. sekali lepas beberapa jam di dapur, mak naik ke bilik, muka boring jer.. resepi tak jadi, kentang lembik sangat.. kita yang tak puasa ni dengan selamba cuba lah rasa.. rupa memang takde tapi rasa Ya Allah sedap sangat haha! 

Jadi, balik KL malam Ahad, hari ni kita pulak cuba resepi kroket kentang klasik.. tapi I adjust sikit-sikit sebab mak kata kentang lembut sangat kan. susah nak bentuk kroket tu.. malangnya walaupun dah adjust sikit resepi tetap lembut dan susah nak bentuk (cuma I punya tak berderai terus macam mak I punya). Tak puas hati ni baru google resepi dalam bahasa inggeris pulak..I bandingkan beberapa resepi.. yang resepi dalam bahasa inggeris semua tambah sikit tepung (dah agak dah, memang tadi masa masak tu macam nak tambah tepung sikit sebab adunan dia lembut sangat) dan yang ada resepi tu siap masuk peti ais sekejap supaya senang nak bentuk dan tak berderai bila digoreng.

So yang kat bawah ni resepi I dah adjust, resepi sikit je dapat dalam 10-12 kroket kentang:

Resepi inti daging kroket:


300 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar - dadu
1 bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah - didadu halus
1/4 sudu teh jintan putih
sedikit serbuk lada putih
1/2 sudu makan tepung 
1/3 kiub perisa daging 


Cara-cara memasak inti daging kroket:

1. Panaskan sedikit minyak atas pan dan tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan jintan, lada putih, lobak merah dan daging.
3. Larutkan tepung dan kiub perisa daging dengan sedikit air kemudian campurkan ke dalam daging.
4. Masak hingga kering.

Resepi kentang kroket:


4 biji / 300 gm kentang (dikukus - tapi I rebus je kemudian lenyekkan)
10 gm butter 
1 kuning telur (I tak guna)
4 sudu makan susu serbuk (I guna dutch lady)
garam
lada hitam
tepung gandum (ni yang I nak tambah lain kali, agak-agak lah mungkin dalam 2-4 sudu makan jugak)

Bahan-bahan salut:


tepung gandum
telur 
serbuk roti

Cara-cara membuat kentang kroket daging:


1. Bahan-bahan kentang kroket semua dicampurkan hingga menjadi adunan kentang
2. Ambil sedikit kentang, bulatkan dan leperkan, ambil sedikit daging kemudian bentukkan menjadi bentuk bujur.
3. Salutkan dengan tepung, celup dalam telur yang telah dipukul, kemudian salutkan dengan serbuk roti.
4. Ulangkan sehingga selesai, jika perlu masukkan kroket yang telah dibentuk ke dalam peti ais dalam satu jam sebelum digoreng atau kalau susah sangat untuk dibentuk, masukkan adunan kentang kroket ke dalam peti ais dahulu supaya lebih mudah untuk dibentuk. 

Kroket ni terus terang I cakap leceh nye nak buat kali pertama mencuba.. harap-harap kalau dah biasa dah senang..makan memang sedap.. buat je susah.. haiiiz.. next time try I nak campur shredded mozarella cheese lah pulak haha.. saje je tengok apa rasa.. mungkin yang inti daging pulak tukar perisa letak sos prego sikit hehe.. 

Kroket kentang sedap dimakan masa panas-panas, bila dah sejuk dah tak sedap, serbuk roti dia dah tak garing.