Wednesday, November 6, 2013

Kedai Nasi Campur Best di Penang - Nasi Padang Minang @ Georgetown

nasi padang penang georgetown
Halal Food @ Penang : Nasi Padang Minang @ Kedai Kopi International Hotel, 92 Transfer Road.


Ok.. sapa-sapa yang kenal I ni memang tahu yang I ni feveret nasi campur.. memang tak boleh hidup tanpa nasi hehe. antara steak dengan nasi campur.. give me nasi campur anytime! antara chinese seafood dengan nasi campur.. give me nasi campur also!!! haha.. sungguh berbeza tekak I ni dari suami I..I lebih rela makan asam pedas ikan duri dari crispy soft shell crab, lebih suka makan ikan cencaru dari thai green curry haha.. jadi bila dapat tahu ada famous nasi padang restaurant @ Penang ni.. wajiblah pergi!! nasi kandar tak pergi takpe.. dah try sekali nasi kandar line clear.. tak berapa minat lah.. lagipun tak sesuai dengan anak kecik dua orang.. jadi hari terakhir di Penang, I dengan husband pakat2 tak payah makan breakfast @ hotel kita terus check out then makan tengahari @ Nasi Padang Minang (International Hotel Coffee House)!

Sebenarnya, hari kedua kami di Penang tu, dah datang dah International Hotel Coffee House ni tapi lambatlah dalam kul 3.. lauk banyak dah habis.. tinggal curry2 je..ayam pun tinggal satu je.. jadi kita cakap kita datang lain hari je lah.. pakcik tu kata dia mula niaga seawal 10.30 pagi.. waah.. awal betul tu..

kedai makan tengahari pulau pinang
Makan Best @ Penang: Nasi Padang Minang @ 92 Transfer Road


Hari terakhir kami di Penang, kami datang ke Nasi Padang Minang jam 11.20 pagi, parking memang susah, kita parking tepi Caltex je.. lambat sikit datang sure takde parking. Masa kami sampai tu, cuma 3 meja penuh, duduk tak sampai 5 minit, semua meja dah penuh kecuali satu.. waaah.. nasib baik datang cepat.. 

lauk pauk memang banyak.. ulam-ulam pun banyak dan fresh.. sup sayur ada.. pucuk ubi masak lemak ada.. rendang ada.. sambal sotong kering ada.. begedil.. telur asin... yang pentingnya.. rambang lah mata.. sampai tak tahu nak amik apa!

Lauk-lauk yang kita makan:


good malay food in penang


Ulam Raja and sambal belacan, a must have for me kalau makan nasi hehe.. 

makan sedap di penang


Ayam masak lemak ni versi orang padang tak silap I hehe sedap dan tak berapa pedas.


makanan halal penang


Sambal sotong kering and rendang daging, ni feveret hubby.. rasa rendang dia sedap cuma daging kurang empuk, sotong pun ok tak lah pedas berapi tapi sotong pun tak selembut yang I suka..

Air kat kedai ni order dengan towkay cina (tu sebab nama dia kedai kopi International Hotel) makanan bayar dengan orang melayu kita yang jual nasi padang.. air dia biasa-biasa je lah..

All in all, makanan di sini memang sedap,cuma sayang lauk pauk nya tak dihidangkan panas2 (like the way I like it) itu je my only complain. Restoran kebersihan bagus, tempat duduk dan dekor basic je.. please provide entertainment for your own kids supaya mereka boleh duduk diam dan tak gangu orang lain sebab tempat makan dia memang sempit dan takde ruang untuk budak2 nak lompat2 ke lari2 (macam anak2 i suka buat haha).

Restoran ni je lah yang sempat nak singgah untuk breakfast / makan tengahari di Penang, niat di hati nak cuba makanan di Astaka Taman Tun Sardon tak kesampaian..

Ada jugak yang rekomen Tari Cafe, Tanjung Tokong untuk makan tengahari pun tak sempat! Next time Penang! :)