Wednesday, February 22, 2017

Kostum Kuda Belang untuk Kanak-kanak (Simple DIY Zebra Costume for Kids)

Anak no 2 ada persembahan di sekolah.. membawa watak kuda belang, kostum mak kena buatkan.. nasib topeng tak payah buat.. jadi I pergi lah beli plain white t-shirt (terjumpa di Art Friend - The Curve dalam RM12.99 tak silap) lepas tu ingat nak potong2 tape hitam dan tampal je dekat baju tu.. sekali jalan2 kat Spotlight cari benda lain, terjumpa lah pulak kain corak zebra dijual dalam 70cm panjang gitu, dah siap potong2 ..so I ingat I beli je kain tu, lepas tu potong2 jalur ikut pattern kain dan tampal kat baju dan seluar guna fabric glue) settle! hasilnya seperti di bawah: 

Bahagian depan baju _ bahagian belakang I biarkan kosong, malas.. haha

Ni seluar bahagian depan - leggings ni beli dekat fox kids tak silap

Ni seluar bahagian belakang - buat simple je sebab tak nak semak

Simple dan cepat!