Wednesday, November 29, 2017

Restoran Thai Halal (Waneeda Tom Yam) @ Dataran Sunway / Kota Damansara

Hah.. ni dia.. Waneeda Tom Yam.. akhirnya kita menjejak kaki juga di sini.. restoran ni sebelah je dengan Chilli's Crab. Hari tu dah try Chilli's Crab, kali ni try Waneeda pula. Waneeda Tom Yam ni ada dua branch yang saya tahu, satu dekat rumah kedai belakang Sri KDU dan lagi satu di rumah kedai antara Sunway Giza dan Sunway Nexis. Yang branch di Sri KDU tu adalah restoran yang buat I jatuh cinta dengan Nasi Goreng Tom Yam, memang padu! pergi restoran lain semua tak sama. Jadi bila ada orang beritahu yang Waneeda Tom Yam di Dataran Sunway ni lagi power, memang lah patut kita terjah :) Tempat ni open untuk buka puasa dan sahur sekali tau! yes sahur! Ya Allah maybe next Ramadhan lah hahaha... tapi kalau buka memang kena booking.. kalau tak memang tak berbuka :P

Haritu kita gi masa lunch, husband yang nak sangat try jadi dialah yang order:


Halal Tom Yam Berdesut @ Waneeda Tom Yam - Dataran Sunway (Kota Damansara)

Makan kat restoran Thai mestilah order Tom Yam kan? Tom Yam kat sini best, kuah dia putih, tak bersantan dan paling penting pedas!!


waneeda tom yam
Sotong Telur Asin!! Power!! @ Waneeda Tom Yam - Dataran Sunway (Kota Damansara)

Yang ni favorite husband I, sotong telur asin! Like finally! Jumpa jugak sotong telur asin yang kita pernah makan @ Sara Thai Kuantan dulu2.. (sekarang sotong telur asin @ Sara Thai macam lain sikit tak macam yang kita ingat :p ) Nampak gaya ini akan menjadi hidangan wajib kami kalau ke Waneeda Tom Yam. Seriously sedap! Licin husband I makan 😋


beef basil thai
Pad Kaprow (Daging Goreng Daun Selasih) a.k.a Thai Beef Basil @ Waneeda Tom Yam; Dataran Sunway

Yang ni memang fave kita kalau pergi MANA2 restoran thai, tak kiralah Thai Express ke, Absolute Thai ke, Boat Noodle ke.. tapi yang sini lagi WIN! Pad Kaprow dia memang authentic, lagi sedap dari Boat Noodle wokay! pedas dan manis, yum yum.


Kang Kung Goreng @ Waneed Tom Yam

Yang ni husband order gak, jadi I tak tahu ni kang kung goreng belacan ke kang kung goreng biasa je.. dia tak pedas, tapi I tak rasa pulak belacan. My only complain? Kang kung dia banyak sangat batang, tak banyak daun.



halal restaurant kota damansara
Pulut Durian @ Waneeda Tom Yam; Dataran Sunway (Kota Damansara)
Yang ni I yang order, teringin nak makan durian, bila nampak serving ala2 tuang santan sendiri, terdetik dalam hati "ni mesti mahal".. hmm.. memang pun, tak silap kena belasan untuk pulut durian tu.. yang ni I disappointed sebab pulut dia tawar, santan dia manis tapi macam tak berapa pekat, dan yang paling boring tu.. durian dia tak syiok.. maybe belum musim durian sangat.. so.. next time tak order lah yang ni.






Map of Waneeda Tom Yam:




Opening hours: 11am - 1 am setiap hari

Call: 03-61407646

FB Page : Waneeda Restoran


Anda juga mungkin meminati:


Super Saigon @ TTDI

restoran thai best kota damansara
Chilli's Crab @ Dataran Sunway