Tuesday, December 26, 2017

Restoran Sunda - Rumah Makan Cibiuk @ Kota Damansara

Rumah Makan Cibiuk @ Kota Damansara


Projek menggemukkan badan masih berlangsung hahaha.. nampak gaya nak kurus akan makan masa lama sikit ni..apa tidaknya.. Rumah Makan Cibiuk dah ada cawangan di Dataran Sunway okaaay. sederet dengan Mohd Chan Restaurant..kita pun apa lagi! Jom terjah ðŸ˜‹ðŸ˜‹ðŸ˜‹

Kita orang sebelum ni pernah pergi Rumah Makan Cibiuk yang dekat Wangsa Maju tu beberapa kali, sedap tapi tak sempat2 nak tulis entri, tahu2 dah lama nah haha, jadi since yang cawangan Kota Damansara ni baru buka dan kita pun baru juga lah terjah.. jadi blog ler cepat2 sebelum basi.

makan best dataran sunway
Rumah Makan Cibiuk @ Kota Damansara


Rumah Makan Cibiuk @ Kota Damansara konsep dia very modern, selesa sangat, tapi kita duduk di meja panjang sebelah pintu masuk.. lampu dia sangat panas ðŸ˜… Yang best makan di sini adalah sambal nye yang beraneka, dia letak kat meja tepi je, ambil lah sambal apa yang u nak, tapi haritu I tak ambil sambal sebab dah order bawal masak pedas.. 

Milo Ais dan Alpukat @ Rumah Makan Cibiuk

Kalau makan di restoran Indonesia, memang tak pas kalau tak minum alpukat kan? Cuma alpukat ni nasib lah, kalau buahnya ranum sedap jusnya, kalau tak memang kelat jadinya. Hari tu jus alpukat memang sedap, manis buah dan lemak ðŸ˜‹


Ayam Bakar @ Rumah Makan Cibiuk - Kota Damansara

Okaaaay, lagi satu hidangan wajib kalau makan makanan Sunda adalah.. ayam bakar yup yup.. manis dan lembut.. sedaaaap.
makan makan petaling jaya
Cumi Bakar @ Rumah Makan Cibiuk - Kota Damansar

Kalau tak suka ayam.. nah cubalah cumi pula.. yang ni sedap dimakan masa hangat2.. lembut dan manis, bila sudah dingin cuminya macam kenyal sedikit.

makan best the strand
Sup Tulang @ Rumah Makan Cibiuk - Kota Damansara

Sup tulang ni kita order untuk anak I yang kecil mula2 nampak kuah macam putih jernih dan terasa sedikit hambar, rupa2nya kena kacau betul2 bumbunya di bawah lah.. bila nak habis sup baru terasa segalanya ðŸ˜¬

jjcm kota damansara
Udang Goreng Crispy @ Rumah Makan Cibiuk - Kota Damansara

Yang ni udang goreng crispy untuk suami dan anak no 1. My anak no 1 tu sebenarnya tak makan sangat udang, tapi yang ni boleh pulak dia makan kasi habis haha.. yang ni pun sama macam sotong tadi, bila dingin dah tak berapa sedap.

cibiuk malaysia kuala lumpur
Bawal masak pedas @ Rumah Makan Cibiuk - Kota Damansara
Yang ni untuk I, sebab dah muak makan ayam, tapi nak order tilapia teringat pulak cerita macam2 yang tak best pasal tilapia yang diternak, so I order bawal saja lah.. sambalnye pedas dan kick, ikan dia sangat rangup di luar dan lembut di dalam, jenuh nak perabih sambal, lupa lah pulak sebelah bawah ikan takde sambal ðŸ˜‚


Nasi goreng untuk si kecil @ Rumah Makan Cibiuk - Kota Damansara


Untuk anak I yang no 2 dan 3, mereka makan nasi goreng.. Ya Allah sedap betul nasi goreng ni, rasa butter dan kicap, makan dah dingin pun masih sedap haha.. tu satay dalam gambar ada satu je, tapi sebenarnya ada dua. Kalau part satay ni, I tak suka versi Indonesia :) I suka versi Malaysia haha.

Ya Allah, kenyang sangat haritu.. balik terus tidur hahaha.. tak boleh datang selalu ni.. nanti tahu2 je dah naik 5 kg ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†

Rumah Makan Cibiuk dibuka setiap hari dari 11 pagi - 11 malam.
Alamat:
9, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, 47810 PJ, Selangor
No Telefon: 03-6145 0456
Map: