Monday, August 29, 2011

Rumah Tangga Bahagia

Nasihat Seorang ibu kepada anak perempuannya yang baru bernikah: 


"Wahai anakku, sekiranya tidak perlu aku memberi nasihat ini kerana pekerti yang mulia dan keturunan yang suci, maka tidak perlulah aku menasihatimu kerana engkau memiliki sifat-sifat tersebut, tetapi biarlah ia menjadi peringatan bagi mereka yang lupa dan membantu mereka yang bijak"

"Wahai anakku, sekiranya seorang wanita itu tidak perlu kepada seorang suami atas dasar kekayaan bapanya dan taggungjawabnya terhadap bapanya, maka kamu tidak akan perlu kepada seorang suami, tetapi sesungguhnya wanita itu diciptakan bagi lelaki sama sebagaimana lelaki itu diciptakan bagi wanita."

"Wahai anakku, kamu akan keluar dari rumah yang kamu membesar di dalamnya, di mana kamu pertama kali belajar melangkah, menuju ke tempat yang asing. Apabila dia menikahimu, dia telah menjadi tuanmu, maka jadilah seperti pembantunya dan dia akan menjadi pembantumu."

"Ambillah dari ku 10 sifat, yang mana akan menjadi bekal dan peringatan buatmu."

"Yang pertama dan kedua: berpuas hatilah dengan kehadirannya dan patuhilah dia kerana berasa puas hati itu akan membawa ketenteraman di hatimu dan mematuhi suamimu menjamin keredhaan tuhanmu.

"Yang ketiga dan keempat: pastikan kamu sentiasa berbau harum dan kelihatan terurus. Suamimu tidak harus melihat sesuatu yang tidak indah pada dirimu, dia tidak harus menghidu sesuatu yang tidak nyaman daripadamu. Bercelak adalah perhiasan yang terindah dan air itu adalah wangian yang terbaik.

"Yang kelima dan keenam; hidangkan makanannya pada waktunya dan jangan ganggunya tatkala dia sedang tidur kerana kelaparan itu bak api yang membakar dan mengacau rehatnya akan membangkitkan kemarahannya."

"Ketujuh dan kelapan; jagalah anak-anaknya, serta jagalah hartanya, kerana dengan menjaga hartanya menunjukkan kamu menghargainya dan menjaga anak-anaknya menunjukkan pengurusan yang baik."

"Kesembilan dan kesepuluh; usah kamu buka rahsianya dan usah kamu melanggar kata-katanya, kerana jika kamu membuka rahsianya kamu tidak akan rasa aman dari pengkhiatannya dan jika kamu melanggar kata-katanya, hatinya tidak akan senang denganmu."

"Hati-hati anakku, daripada menunjukkan kebahagianmu tatkala dia sedang bersedihan dan usah tunjukkan kemurunganmu tatkala dia sedang bergembira, kerana yang awal itu menunjukkan pemikiran yang cetek dan yang akhir itu akan membuatnya bersedih.

"Hormatilah suamimu dan pendapatnya supaya dia senang berteman dan berkomunikasi denganmu."

"Ketahuilah anakku, bahawa kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehinggalah kamu meletakkan keinginannya sebelum keinginanmu dalam segala perkara yang kamu suka dan tidak suka. semoga Allah memilih yang terbaik untukmu dan memeliharamu."

No comments:

Post a Comment