Pernah terfikir nak melancong ke Singapura tapi tak tahu mana nak tuju? Apa yang ada di negara yang kecil ini yang tiada di Malaysia? Cuaca, budaya dan makanan lebih kurang sama sahaja antara , bahkan Malaysia lebih kaya dari segi eco-tourism. Tapi apa salahnya kalau nak bertukar angin dan melihat apa yang ada Singapura. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan :)
Antara tempat-tempat yang menarik di Singapura adalah:
1) The Istana; dibuka hanya 5 kali setahun pada Hari Raya Cina, Hari Raya Puasa, Hari Buruh, Deepavali dan Hari Merdeka
2) Universal Studios Singapore
4) Night Safari
5) Fort Canning Park
6) Henderson waves
7) Hort Park
9) Little India, Tekka Market & Mustafa Centre (bagi membeli-belah bajet)
10) Geylang Serai Market, Tanjong Katong Complex dan Joo Chiat Complex (popular untuk pakaian tradisional / busana muslimah)
11) Arab Street (kain ela) , Golden Landmark, Jalan Pisang, Haji Lane (busana muslimah)
12) Far East Plaza untuk pakaian trendy budak-budak muda yang murah
13) Orchard Road (Dari sepanjang-panjang Bugis MRT station sampailah Orchard Road MRT station, pilihlah mana satu shopping centre yang nak disinggah, semuanya sama sahaja) ala-ala KLCC dan MidValley
14) Masjid Sultan di Arab St, Masjid Hajjah Fatimah atau Masjid Malabar berdekatan Lavender MRT Station, Masjid Haji Muhd Salleh@ Maqam Habib Noh di Palmer Road berdekatan Tanjong Pagar MRT Station
15) Gelungsur Paling Tinggi di Terminal 3 Airport jika anda mempunyai anak berusia 5 tahun ke atas. Lapangan Terbang di Singapura bukanlah sahaja tempat untuk berlepas ke negara lain, bahkan menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk membeli belah, menjamu selera dan beriadah pada hujung minggu bersama keluarga
16) Singapore River
17) Esplanade; untuk melihat perpustakaan awam di Singapura
18) Marine Barrage & Singapore Flyer
19) Wild Wild Wet (Permainan Air)
Henderson Wave Singapore |
Tallest Slide @ T3 |
SingKids @ T3 |
Hort-Park |
Marine Barrage & Singapore Flyer |
Singapore-Night-Safari |
Universal Studios Singapore |
Kalau nak tengok sekolah agama di Singapura, boleh lah pergi ke Madrasah Al-junied Al-Islamiah (Bugis MRT Station) atau Madrasah Al-saggof (Lavender MRT Station) tapi setakat tengok dari luar aje lah. Kalau nak tengok betapa meriahnya sekolah agama separuh masa di Singapura; di sini kita panggil madrasah masjid; bolehlah pergi ke Masjid Al-Istighfar (Pasir Ris) atau Masjid Darul Ghufran (Tampines) pada hari Sabtu.
Kalau nak makan:
1) Nasi Lemak; cuba di Adam Road atau Changi Hawker Centre
2) Nasi Rawan; Blk 18 Bedok South atau Bedok Food Centre@Bedok Corner
3) Murtabak; Zamzam Restaurant
4) Beriani; Islamic Restaurant
5) Nasi Campur; Rumah Makan Minang, Hajjah Maimunah, Sabar Menanti
6) Turkish; Sofra Restaurant atau jalan-jalan di sekitar arab street terdapat aneka macam jenis restaurant, turkish, egyptian, moroccan dan sebagainya.
7) Western; Swensen Restaurant (lebih sedap dari Swensen Malaysia)
8) Japanese; Ramen Ten di Far East Plaza
9) Seafood or chinese; Chai Chee Seafood Restaurant
10) Mee Goreng Mama, sup tulang, mutton chop; Golden Mile Food Centre
Kalau teringin nak makan makanan hotel, bolehlah cuba:
1) Straits Kitchen @ Hyatt
2) Carousel @ Royal Plaza on Scotss
3) Asian market Cafe @ Fairmont
4) Tiffany Cafe @ Furama City Centre
Yang penting di Singapura memang terdapat banyak tempat makan, jangan lupa perhatikan logo halal MUIS dan juga sijil halal jika peniaga bukanlah orang Islam.
No comments:
Post a Comment