Tuesday, April 4, 2017

Hong Kong Part 2 : Makanan Halal di Disneyland, Ocean Park dan Wan Chai

So.. it's a well known fact kan yang Disneyland Hong Kong ada 3 tempat makan halal:

1) Explorer's Club @ Mystic Point 

2) Tahitian Terrace @ Adventureland

3) Main Street Market

Also kalau tak silap I, kalau u stay at Disneyland Resort Hotel pun u boleh request for halal food.. 

Makanan halal di Disneyland Hong Kong

Makanan at Disneyland tu ok ok je pada I, boleh lah buat tahan lapar.. we ate dekat Adventureland, banyak orang Malaysia masa tu.. ada yang dah habis makan tapi duduk sembang2 macam tunggu orang.. I pun pelik.. rupa2nya ada tempat solat kat belakang.. husband yang bagitahu.. I tak tengok lah sebab anak i tgh syiok tidur kat lengan.. sampai lenguh lengan..



Then kat Ocean Park pulak ada 3:

1) K15 Dive into a Float (Summit Area)

2) Kiosk 03 Panda Food to go (Yang ni kita cari tak jumpa2 saje je nak tengok walaupun anak2 dah kenyang makan sarapan Chung King Mansion tu..  lepas tu ada jumpa Malaysian family satu ni, dia tanya mana makanan halal.. I said Dive into A Float jauh atas lagi cos kita orang kat area fountain tapi Panda Food To Go tak jumpa2.. last2 kita nampak family tu makan kat Panda Cafe (so kita assume tu halal lah)

3) Bakery Kitchen of Bayview Restaurant .. hah.. yang ni pun kita tak jumpa..

masa nak balik tu, dah nak dekat pukul 2 lebih.. perut dah lapar dah.. tapi tak sampai kat summit area sebab anak2 dah penat.. husband pun malas.. cari2 yang Bakery Kitchen pun tak jumpa.. so husband cakap jom gi makan dim sum kat Wan Chai Mosque Canteen.. I cakap u google lah dia tutup pukul berapa sebab tak silap I baca dia tutup dalam jam 3 gitu.. so husband I pun google lah pakai google maps (almaklum free wifi at Ocean Park) and google maps kata opening hours 10 am - 9pm.... I pun macam tak percaya tapi since husband dah cakap gitu I pun ok je lah.. sekali dalam taxi husband cakap.. eh dia buka 10 am - 3pm lepas tu tutup jap kul 6pm - 9pm buka balik for dinner.. hhhmmpph.. dalam taxi tu juga kena refer balik restaurant list yang kat Wan Chai and we headed to Istanbul instead at 177-179 Wan Chai Road (crossing fingers yang dia tak tutup sebab anak2 dah merengek2 lapar)


Istanbul @ 177-179 Wan Chai Road (detour kat sini sebab Islamic Canteen tutup jam 3-6 petang)

Siapa yang biasa makan makanan turkey ni tahulah dia very tawar makanan dia.. yang tekak sambal macam i cakap kurang rempah haha tapi oklah .. sayur2 dia fresh.. sultac (desert mcm puding nasi gitu) lembut dan manis.. dan kunefe (gambar bawah belah kiri) manis sikit dan takde susu.. i suka yang ada susu hehe..

so.. ni kali trip gi Hong Kong takdelah makan macam Oh My God sedapnya gitu.. semua biasa2 je :p
Lepas tu ada sekali kita orang nak singgah Great Indian Kebab Factory last time kat Mira Mall kan.. rupa2nya dah tutup eh branch tu.. sekarang Great Indian Kebab Factory di Wellington Place rupanya.. hmmm.. oklah tak dapat makan all you can eat buffet lunch dia haha..

Untuk siapa2 yang nak tengok hotel mana yang ada halal cert.. nah kat bawah ni I screenshot kan pdf from The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong's list from www.discoverhongkong.com.

Hotels with halal kitchen from www.discoverhongkong.com


Dah baca Part 1? :