Wednesday, April 5, 2017

Jalan-jalan Kuantan / Gambang & Mangala Resort Review

Gambang Getaway @ Mangala Resort


We wanted a short getaway from KL the other day and husband suggested Kuantan sebab rindu nak makan Sara Thai :p  wanted to try a new place to stay so husband chose a new resort (at that time) called Mangala Resort.. I tanya bagus ke review? he said ok.. new place.. hmm.. oklah kat Malaysia ni kalau baru semua ok haha.. maintenance tu yang problem selalu..  tak tahu pulak yang sebenarnya resort ni kat Gambang so... kalau nak gi makan kat Kuantan tu nak kena drive 30 minutes gitu.. tapi tak pe lah hajat di hati nak chill and relax je.. tak nak keluar2 sangat...

Mangala Resort - Hall and Dining + View

hotel best di kuantan
Mangala Resort - Main Bedroom and toilet.



We took a villa overlooking the lake with 2 rooms as we brought along husband's mum. The place was nice and clean and huge.. both beds in the room was super comfy. Atmosphere pun very relaxed dan mendamaikan betul.. I think my MIL enjoyed the ambience.. macam duduk kat kampung you.. furnishing kayu.. depan ada tasik.. bunyi burung2 berkicau.. petang2 dapat tengok sunset.. cuma upsetnya menu is very limited.. (breakfast, dinner, in room dining) sebab guest tak ramai kan.. aaaand on the second night.. cable dorang down kena gigit tikus ke apa ke tak tahu lah.. so.. hari kedua onwards kita orang takde tv.. hai.. budak2 ni tak kisah sebab main internet terus.. tapi kesian lah my MIL nak tengok tv tak boleh.. 

Siapa yang bangun pagi2 tu.. dia ada guided tour of their orchard.. I tak pergi lah cuma I tahu ada Dragon fruit orchard kat situ.. dia kasi juice dragonfruit free je sebab diaorang tanam kat situ kan.. then ada cycling jugak kalau siapa yang minat tu.. cuma basikal untuk budak2 takde.. 

Mangala Resort pools - from left : jacuzzi, kids pool and deep pool 


Anak2 I suka main bath tub dia sebab besar.. and also pool area ada 1 deep pool, 1 shallow dan 1 jacuzzi.. even the jacuzzi pool pun besar jugak boleh lah muat lebih dari 6 orang.. still ada space nak pusing2.. 

Restaurants around the area macam tak banyak.. ada 2 restaurant melayu kat main road, kita orang breakfast kat restoran "Air Tangan Ibu" all the way.. then for lunch restoran arab nama dia "Land of Paradise" asalnya nak makan kat restoran melayu lagi satu tapi restoran penuh dan lauk dah nak habis.. so.. kita masuk je restoran arab ni.. tak sangka sedap plus kita jumpa air lemon + pudina yang memang susah nak jumpa kat Malaysia ni 😄 tu satu jug I dengan husband yang lantak hahaha

Makanan Arab @ Gambang : Land of Paradise


One of the days kita gi Gambang Safari.. tengok dari luar macam dah run down je tempat ni.. naik bus pulak so bumpy.. kesian my MIL.. I tak amik gambar lah.. apa binatang yang ada pun dah lupa.. yang tak boleh lupa tiger je.. sebab takut dia terkam kita dalam bas.. kita tak pergi the water park.. tak tahu macam mana condition dia.. lepas habis naik bas kita patah balik tunggu bas untuk turun sebab kawasn berbukit.. nak jalan2 dengan MIL tak sampai hati lah.. 

Then husband I nak makan Sara Thai.. kita orang pun pergilah Kuantan kan.. I ternampak Gio Mall punya sign.. (I tak tahu ada Cattleya, Modvier, Bella Ammara semua kat situ< memang tak plan) memandangkan ada masa.. I cakap park lah tepi tu... I nak gi shopping jap.. :p 

Shopping @ Gio Mall - Kuantan :p


The next day, I ask husband I bawak I gi Ariani pulak saja2 je.. sebab hari asyik hujan ..nak gi Teluk Chempedak dengan anak2 tak boleh.. lepas tu kita try cari kedai pisang goreng arang yang femes tu.. sebab MIL i suka pisang goreng.. gunalah google maps kan.. nampak kedai dia gini:


Pisang Goreng Arang Kampung Tengah Kuantan - Susah nak dapat parking


Tak nampak pun dia goreng guna arang.. pisang goreng pun rasa biasa2 je.. 

The day nak balik tu baru tak hujan.. kita singgahlah Teluk Chempedak walaupun masa tu panas terik jam 1 tengahari.. nak sedapkan hati anak2 nak main pasir punya pasal.. Teluk Chempedak ni banyak tempat makan.. tak tahu mana yang sedap.. I cuma pergi kedai atas 7 Eleven beli keropok lekor dengan kentang goreng cemil2 untuk anak2.. lepas tu cuci mata jap tengok2 tudung tapi tak beli.. dan melayan anak2 main bubble kat tepi jalan :) 

teluk chempedak kuantan
Jalan-jalan Kuantan With Kids - Main pasir di Pantai Teluk Chempedak


Jadilah cuti sekejap kat Kuantan..Tapi next time kalau datang.. I rasa duduk kat Cherating lagi bagus lah.. senang laut depan mata.. kalau duduk kat Gambang nak kena drive 30-40 minit baru dapat tengok laut.. macamana nak main laut tiap2 hari kaaaaan?