Tuesday, December 4, 2012

Bahasa Cinta Untuk Rumah Tangga Bahagia

rumah tangga bahagia
Memahami 5 Bahasa Cinta Pasangan Anda - Photo courtesy of freedigitalphotos.net

Pada bulan November lepas, saya dan suami telah mengikuti program Bahasa Cinta yang dikendalikan APKIM Resources di Marina Mandarin Hotel, Singapura. Program ini menyasarkan pasangan yang telah berkahwin antara 5-10 tahun dan disubsidi oleh MCYS (kini dikenali sebagai MSF). Dengan hanya bayaran sebanyak SGD180 setiap pasangan, kami dapat bermalam di Marina Mandarin Hotel, dengan kelopak mawar di bath tub dan cookies and mini teddy bears on the bed.. sooo romantic :)

Mula-mula suami saya agak keberatan untuk mengikuti program ini, namun setelah mengikutinya, Alhamdulilah beliau kini lebih terbuka ntuk mengikuti program-program bagi pasangan yang telah berumah tangga  dan berubah persepsi bahawa program sebegini hanyalah bagi pasangan-pasangan yang bermasalah. (well, actually, which couple yang takde masalah kan? cuma orang kita ni adatnya malu nak pergi to such kursus as if such things gives an impression that the marriage is on the rocks or unsalvageable, which i totally disagree, takkan lah sampai masalah dah besar menggunung baru nak cari pertolongan kan.. benda kecik-kecik lah kita cuba ubah jadi hidup rumah tangga tu lebih sentosa :) ) 

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kursus / seminar pasca perkahwinan ini amat berguna dan dapat mendedahkan kita kepada perkara-perkara baru yang dapat mengukuhkan / mengeratkan hubungan kita suami isteri and... the new thing that I learned during this particular workshop adalah "5 Bahasa Cinta" atau "The 5 Languages of Love" oeh Dr Gary Chapman - tak pernah pun baca buku ni maklumlah I ni bukan jenis yang suka baca buku self-help / relationship advice.. - Pendedahan kepada 5 Bahasa Cinta ini amat membuka mata saya bukan sahaja terhadap bagaimana saya rasa dikasihi tetapi juga bagaimana suami saya rasa dikasihi oleh saya.. truly amazing! tak pernah terlintas di benak fikiran bahawa segala sungutan yang saya ulang-ulang macam tape recorder rosak sepanjang perkahwinan saya sebenarnya adalah perkara-perkara yang "lacking" dalam hidup saya, yang saya perlukan untuk rasa dikasihi..(ok takpe berbalik kepada Bahasa Cinta...)

Dr Gary Chapman berpendapat bahawa setiap seorang dari kita mempunyai cara yang lebih disukai untuk merasakan dirinya dikasihi dan dicintai. Mengenali / memahami bagaimana pasangan kita rasa dikasihi dan dihargai akan melengkapkan kita dengan seni komunikasi bersama pasangan dengan cara yang sesuai dengan jiwa pasangan kita sekaligus mewujudkan intimasi di dalam hubungan kita suami isteri. 

5 Bahasa Cinta adalah seperti berikut:


1 - Masa Bersama / Quality Time:

Bagi individu yang menghargai masa berkualiti, cara mereka rasa dikasihi adalah dengan meluangkan masa bersama dengan mereka. Contohnya, keluar berdating, menonton rancangan kegemaran bersama atau hanya berbaring bersama di bilik tidur tanpa intrusi pihak ketiga (seperti anak-anak, gadget / media seperti telefon bimbit, komputer riba, facebook / twitter) Kata Kunci "Tanpa intrusi pihak ketiga" adalah teramat penting. Individu yang menghargai masa bersama tidak mementingkan destinasi anda, yang lebih utama adalah kehadiran anda di sisi dengan tumpuan sepenuhnya terhadap dirinya. 

2 - Menerima Hadiah / Receiving Gifts:

Jika anda mempunyai pasangan yang gemar memberi hadiah setiap masa, seperti menghadiahkan anda sepasang baju baru, minyak wangi, bunga atau coklat, besar kemungkinan pasangan anda adalah dari kategori mereka yang suka menerima hadiah. Ini kerana kita (tanpa kita sedari) menunjukkan kasih sayang kita dengan cara yang kita suka dan rasa dikasihi. 

Mereka dari kategori ini bukanlah materialistik kerana hadiah yang didambakan tidak semestinya tinggi nilainya namun niat, perhatian dan pertimbangan yang diberikan disebalik hadiah itu membawa pengertian yang besar bagi mereka dan membuat mereka rasa amat dihargai. Pemberian hadiah yang bermakna menunjukkan mereka dihargai lebih dari perkara yang dikorbankan untuk mempersembahkan hadiah itu kepada mereka.    

Mereka yang menggunakan bahasa ini akan terguris sekiranya anda terlupa tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan dsbnya. Hadiah yang dibeli secara gopoh dan tidak menggambarkan pertimbangan disebaliknya dan kurangnya "every day gestures" perbuatan harian yang menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka akan membuat mereka rasa tidak dikasihi.

3 - Kata-kata pengakuan / pengesahan  / Words of Affirmation:

Individu - individu di bawah kategori ini berasa gembira dan dihargai apabila kata-kata pujian diberi (tanpa diminta) jika mereka melakukan sesuatu. Contohnya : "Awak kelihatan ayu hari ini" apabila mereka bersiap-siap untuk keluar bersama, "masakan awak hari ini tersangat enak" atau "Terima kasih kerana membasuh dan melipatkan pakaian saya" 

Perkataan " I love you" tersangat penting bagi mereka yang mengungkapkan bahasa cinta ini dan mendengar sebab mengapa anda cintakan mereka akan mengangkat mereka ke langit ketujuh.

Nota-nota cinta yang ditampalkan di peti ais atau disembunyikan di bawah bantal, kata-kata rangsangan apabila mereka mempunyai projek tersendiri atau pujian apabila mereka mendapat suatu pencapaian akan membuat mereka rasa amat gembira dan dihargai. 

Adalah teramat jelas bahawa mereka yang menngunakan bahasa cinta ini berjiwa sensitif, ucapan-ucapan anda boleh menggembirakan mereka atau menjatuhkan mereka dengan begitu mudah. Oleh itu, jika anda ingin membuat sebarang teguran terhadap pasangan anda yang termasuk di bawah kategori ini, tegurlah dengan bersantun dan berhemah dan elakkan dari menggunakan sindiran dan hinaan kerana ia akan melukai mereka dengan mendalam.

4- Sentuhan Fizikal / Physical Touch:

Sentuhan Fizikal tidak bererti seks sahaja. Bagi mereka yang menggunakan bahasa cinta ini, dakapan, berpegangan tangan, ciuman, mengusapkan kepala, memberi urutan manja, melabuhkan kepala anda di pangkuan mereka ketika menonton tv bersama, melentukkan kepala anda di bahu mereka apabila duduk bersebelahan, kesemuanya membuat mereka rasa dikasihi dan dicintai.

Kurangnya ekspresi cinta dengan menggunakan sentuhan fizikal akan membuat mereka rasa terguris dan terabai dan sebarang bentuk penderaan (which shouldn't be happening in the first place) tidak akan dimaafkan. 

Jika anda mempunyai pasangan yang bahasa cintanya adalah sentuhan fizikal dan anda pula datang dari keluarga yang konservatif di mana sentuhan fizikal antara pasangan hanya dihadkan di bilik tidur, anda mungkin menghadapi masalah jika pasangan anda menganggap kekurangan sentuhan fizikal di hadapan orang lain / di tempat awam adalah kerana anda tidak tertarik kepada mereka. 

Jika anda merasa kekok dengan menzahirkan kasih sayang dengan sentuhan fizikal, berundinglah dengan pasangan anda mengenai tahap keselesaan anda dan mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu seperti berpimpin tangan di tempat awam sebelum perlahan-lahan beralih kepada yang lain. 


5 - Berkhidmat / Acts of Service:

Mereka yang menggunakan bahasa cinta ini suka melakukan sesuatu untuk orang lain, contohnya menyiapkan hidangan yang lazat atau menjahitkan sepasang baju dan sebagainya. Mereka rasa dihargai apabila pasangan mereka membantu mereka dengan tugasan-tugasan mereka (selalunya tugasan rumah / penjagaan anak) atau melakukan sesuatu untuk mereka (contohnya membelikan sarapan untuk mereka supaya mereka tidak perlu menyiapkan sarapan keluarga pada hari Ahad) Bantuan yang diberikan haruslah dilakukan secara rela dan kerana cinta, dan bukan kerana terpaksa dan setelah ngomelan yang terus menerus.

Kata-kata yang paling mereka ingin dengar adalah : "Biar saya tolong awak..." waaahh.. bagai bulan jatuh ke riba, apa saja yang mengurangkan beban mereka memang teramat sangat mereka hargai. "Mengurangkan beban" adalah kunci yang penting yang perlu anda ingat jika pasangan anda menggunakan bahasa cinta ini. 

Pengguna bahasa cinta ini amat tidak menggemari orang yang malas dan menambahkan kerja untuk mereka. Jika mereka penat dan meminta pertolongan anda (which is jarang2 kerana mereka lebih suka melakukan kerja sendiri jika mereka mampu) dan anda melengahkan permintaan mereka, mereka akan cepat tersinggung dan merasakan pengorbanan mereka tidak dihargai. 


Ingin mengetahui Bahasa Cinta anda? 

Ambil kuiz Bahasa Cinta di sini (English) atau di sini (Melayu) atau tanya diri anda 3 soalan mudah ini:

1) Bagaimanakan cara anda mengekspresikan cinta anda kepada orang lain?

Kita selalunya menggunakan bahasa cinta kita untuk menzahirkan perasaan cinta kita kepada pasangan kita. Jika anda gemar mengucapkan kata-kata romantis, anda adalah pengguna bahasa cinta "Kata-kata Affirmatif", jika anda gemar memberi hadiah, anda adalah pengguna bahasa cinta "Menerima Hadiah" dan jika anda gemar memberi pelukan atau berpegang tangan anda adalah pengguna bahasa cinta "Sentuhan Fizikal".

2) Apa yang anda selalu keluhkan? 

Adakan anda sering mengeluh suami anda kurang memberi perhatian atau meluangkan masa untuk anda? Anda adalah pengguna bahasa "Masa Bersama". Suami tidak cuci pinggan sendiri setelah makan? Anda pengguna bahasa "Berkhidmat", Suami tak pernah belikan bunga? Anda berbicara bahasa cinta "Menerima Hadiah".

3) Apakah permintaan anda yang paling kerap?

"Abang tolong buang kan sampah?" "Abang, cantik tak saya pakai baju ni?" atau "Abang urutkan kaki saya boleh?"

Ok.. itulah key takeways dari Program Bahasa Cinta yang saya ikuti.. hopefully adalah berguna sedikit sebanyak untuk u all as it was to me.. of cos untuk memahami konsep bahasa cinta ini, you have to read the book!

Anda juga mungkin meminati:

Kuiz Bahasa Cinta Bagi Isteri



No comments:

Post a Comment