Sunday, January 26, 2014

Bunyi-bunyi Binatang Untuk Prasekolah

bunyi-bunyi binatang prasekolah
Bunyi-bunyi Binatang Untuk Kanak-kanak Prasekolah


Salam pembaca semua :)

Setelah sabar menunggu sekian lama, akhirnya animasi simple kita dah siap.. lagu "Bunyi-bunyi Haiwan" untuk kanak-kanak prasekolah dah ready! Yeay!

Video ni simple je.. inspirasi datang bila anak suka tengok video kids animal songs kan.. terpikir kenapa takde versi Bahasa Malaysia ye? So.. lepas research sikit-sikit.. dapatlah kita kumpulkan beberapa bunyi binatang seperti berikut:

Ayam = berkokok
Itik = menguek
Kambing = mengembek
Kucing = mengiau
Anjing = menyalak
Burung = berdecit / berdecip / berkicau
Lembu = mengeboh
Singa = mengaum
Gajah = bertempik
Ular = mendesis
Monyet = mengerih 
Serigala = meraung


Ini adalah senarai binatang-binatang yang I selitkan di dalam video "Bunyi-bunyi Haiwan" ia bukan senarai yang lengkap :) semua rujukan adalah dari laman http://prpm.dbp.gov.my/

Video lagu kanak-kanak "Bunyi-bunyi Haiwan": 



Tolong share ye! Terima Kasih!